UberEATS Kini Di Kuala Lumpur
FOODIENak makan mana? Nak makan apa? Dua soalan yang kadang-kadang susah nak dijawab. Kena pulak kalau waktu lunch dekat area KL ni dan office korang tak ada cafeteria sendiri.
Mulalah masing-masing drive keluar untuk cari makan kan…
Kadang-kadang, memang kita undecided nak makan dekat mana. Sebab bila difikirkan balik, lunch hour singkat. Lepas tu, restoran yang kita nak pegi tu silap-silap penuh dan kita tak dapat nak makan.
Sekarang, tak perlu risau lagi. UberEATS boleh settlekan masalah tu. Mulai 21 September lalu, UberEATS mula beroperasi di Kuala Lumpur. UberEATS ni menawarkan pelbagai jenis makanan daripada restoran-retoran berdekatan. Tak kira lokasi kita dimana waktu itu, kita hanya perlu cari dalam aplikasi yang disediakan dan tekan butang dan UberEATS akan uruskan segalanya.
Buat masa ini UberEATS beroperasi di sekitar kawasan pusat bandaraya Kuala Lumpur, Bangsar dan Bukit Damansara dengan yuran sebanyak RM5 bagi setiap penghantaran tanpa sebarang pesanan minimum.
Walaupun liputan dia masih belum meluas, tapi kalau ditengah-tengah Kuala Lumpur tu, mereka dah start cover. Sementara itu antara rakan restoran yang dah register dengan UberEATS ialah restoran nasi lemak terkemuka; Nasi Lemak Antarabangsa, kafe aiskrim Inside Scoop, Restoran Sitka, dan Mikey’s Original New York Pizza.
Macam penghantaran-penghantaran yang lain, tempoh penghantaran adalah antara 30 hingga 35 minit. Aplikasi ini menjadikan khidmat penghantaran makanan ini semudah memesan kereta Uber.
Walau bagaimanapun, setakat ini, UberEATS hanya menerima bayaran online melalui kad debit dan kredit manakala kaedah pembayaran tunai pula akan diperkenalkan kelak.
Sempena pembukaan ni, takkan ada promosi kan?
Ada... UberEATS ada sediakan kod KLTASTY sempena pelancaran mereka. Jadi, pengguna boleh memasukkan kod promosi KLTASTY untuk dapatkan khidmat penghantaran percuma untuk tiga pesanan pertama.
Sumber : Astro Awani