
Video Viral Makan Paku Pakis Boleh Sebabkan Kanser Itu Palsu!
MAKANKalau korang ada ternampak video viral mengatakan paku pakis tak selamat untuk dimakan, video tersebut ternyata hanyalah palsu semata-mata.
Menurut laporan di The Sun, pakar tumbuh-tumbuhan dan sains Prof Datuk Mohamed Abdul Majid menyangkal dakwaan video terbabit. Tambahnya lagi, tumbuhan paku pakis yang selalu dimakan di negara ini adalah selamat dan juga kaya dengan pelbagai nutrisi.
Menurut video yang mengambil maklumat daripada Wikipedia berkenaan, mereka mendakwa ada tumbuhan paku pakis di negara ini tidak selamat kerana boleh menyebabkan kanser.
Hakikatnya, kata Prof Mohamed, kandungan yang berbahaya berkenaan tidak ditemui dalam paku pakis yang dimakan di negara ini dan tumbuhan yang mereka maksudkan iaitu ‘braken fern’ tidak dimakan di Malaysia.
Fakta : negara ini mempunyai kira-kira 1,165 spesis paku, 50 daripadanya digunakan sama ada sebagai makanan atau ubat, hanya 5 jenis daripadanya sering dimakan oleh orang kita temasuklah paku uban, paku tunjuk langit, and paku piai.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video