Western Food Sedap Dan Murah Hanya Di J.M.T Cafe Segambut..!

FOODIE
October 09, 2017 - 06:02 PM


Jeligho, Menyelerakan, Tasty – atau J.M.T ini pada asalnya dibuka di Kampung Baru. Menyediakan menu western dan juga snack ringan-ringan, Lokasi baru J.M.T dilihat memang bersesuaian dengan konsep kedai yang open dan santai.

Terletak di Segambut, bersebelahan dengan court Futsal Bobai, jadi memang kaki futsal tu, kalau nak makan sebelum atau nak lepak selepas game, meh ke J.M.T café ni.

Menu yang best kat sini adalah Spegheti Kampung, Ayam Gunting, Burger Daging dan macam-macam lagi lah. Harga makanan dekat sini pun takdelah mahal sangat. Dengan portion yang boleh tahan la kenyang dia.

 

Selain tu, kat sini yang special dia ialah air. Ha, ada kopi Vietnam, Green Tea, Soda Bandung dan banyak lagi lah.

Senang cerita, sebenarnya tak kira peringkat usia, memang sesuai lepak dan makan dekat sini. Lokasi pun takde lah packed sangat. Parking pun senang disebabkan ada court futsal. So, memang tak payah risau pasal parking.

 

 

Nak cerita banyak pun, bukan korang dapat rasa kan?Tengok gambar je lah...  Kalau nak try, boleh waze J.M.T Café Segambut. 

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin daripada 5 petang sampailah 1 pagi.