Wow! Lepas Durian, Kini Big Apple Tampil Dengan Donat Perisa Baru Oh Mango!

MAKAN-MAKAN
November 15, 2021 - 09:00 AM


Kalau sebut tentang buah-buahan tropika pasti yang terlintas di fikiran kita pelbagai jenis buah eksotik yang berasal dari kawasan beriklim tropika atau subtropika seperti Malaysia.

Kesemua buah-buahan tropika ini sangat lazat, manis dan kaya dengan pelbagai khasiat semulajadi terutama Vitamin C yang baik untuk kulit serta kesihatan diri.

Antara yang menjadi kegemaran pastinya durian, betik, jambu, limau, manggis, nenas, nangka, pisang, rambutan, tembikai dan tak kurang hebat juga buah mangga.

Jika anda penggemar mangga dan mungkin selalu menikmatinya dalam bentuk buah semata-mata atau paling tidak dijadikan jus mangga, jeruk, mango cheese cake, dimakan bersama pulut atau colek mempelam -- kini ada satu lagi hidangan baharu berasaskan mangga yang boleh anda nikmati sebagai pencuci mulut.

Bosan dengan hidangan yang biasa-biasa? Apa kata anda cuba bertukar selera dengan donat Oh Mango! keluaran baharu daripada Big Apple Donuts & Coffee. Donat berperisa mangga ini semestinya bukan biasa-biasa kerana ia dipenuhi dengan gabungan isi buah mangga segar berserta krim mangga yang bakal menambahkan lagi kelazatannya ketika dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Big Apple Donuts & Coffee tampil dengan idea dan variasi donut berperisa mangga ini seiring dengan mottonya “Every Piece is a Masterpiece”. Makan Oh Mango! yang sangat lembut ditambah dengan tekstur berkrim, pasti membuatkan anda sukar untuk berhenti dengan hanya sebiji donat, silap-silap sekotak Oh Mango! itu pun anda seorang boleh menghabiskannya. Hehehe…

Sebaik gigitan pertama sahaja, hidung anda pasti terhidu aroma buah mangga yang sangat harum baunya dan membuatkan selera semakin memikat. Jadi tunggu apa lagi, cepat dapatkan Oh Mango! versi premium ini sementara stok masih ada.

Anda boleh mendapatkannya dengan mengunjungi sendiri kedai rangkaian Big Apple Donuts & Coffee di seluruh negara atau lebih mudah pesan saja secara online di Big Apple Donuts & Coffee dan juga menerusi FoodpandaBeepIt dan Smartbite

Kalau anda nak tahu sekarang ini Big Apple Donuts & Coffee sedang mengadakan promosi menarik untuk kesemua jenis donat keluarannya, termasuk donat premium berperisa mangga, Oh Mango! ini.

Antara donat best seller Big Apple yang rugi kalau anda tak rasai adalah seperti Coconana, Hey Nutty, Hunky Chunk, Donutella, Starlight, Oh Hazel dan Misu Choco. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Big Apple Donuts & Coffee dan Instagram Big Apple Donuts & Coffee.