Dapat Kenang Nostalgia Lama! - Ini 5 Kedai Kopi Klasik Yang Terbaik Di Terengganu
FOODIENegeri Terengganu adalah antara negeri yang paling popular untuk industri perlancongan kerana mempunyai pelbagai tempat menarik. Bukan setakat makanan tradisional yang sedap-sedap belaka tetapi minuman seperti kedai kopi sangat banyak di sini.
Kalau korang lalu jalan pantai di Besut sehingga ke Chukai, lambakan kedai kopi dan kafe yang dibuka sepanjang jalan tersebut. Mungkin kerana kopi sangat 'ngam' diminum menghadap pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke muka.
Kalau dari Kelantan nak ke Pahang, memang min akan lalu jalan ni sebab sukakan view pantai dan suka singgah ke kedai-kedai kopi sekitar jalan tersebut.
Jadi, ini adalah 5 Kedai Kopi Klasik di Terengganu yang menarik dan best boleh korang singgah! Boleh healing beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan korang.
1. Kedai Kopi Klasik Kemaman
Dari namanya sudah menunjukkan betapa klasiknya kedai ini, hiasan dalaman kedai kopi ini mengenangkan nostalgia yang kita lihat di dalam filem-filem lama zaman 50'an.
Pelbagai makanan yang ada di kedai ini termasuk makanan western seperti Pasta Lamb Aglio Olio, Seafood Aglio Olio, Prawn Aglio Olio dan banyak lagi.
Dah nama pun kedai kopi lama, kopi sangat sesuai digandingkan dengan roti bakar. Rasa pahit-manis kopi tersebut memang boleh buat korang sebut "umphh". Tak lupa juga jika anda bukan penggemar kopi jangan risau, ia turut tersedia untuk korang.
Alamat: Jalan Abdul Aziz, 24000, Chukai, Terengganu.
Waktu operasi: Isnin Cuti, 9:30 Pagi hingga 6:30 Petang
2. Kedai Kopi Buruk
Dikatakan kedai ini sering disebut-sebut di Terengganu kerana keunikan kedainya yang sangat klasik dan menjadi tempat healing orang ramai. Kedai Kopi Buruk ini berhampiran dengan pusat perlancongan negeri Terengganu iaitu di Pantai Batu Burok.
Hiasan dalaman kedai ini mainkan peranan penting kerana buatkan ‘vibe' orang datang ke sini untuk menjadi lebih tenang. Menarik juga ya hiasan dalaman kedai ini, mesti pelancong luar terpukau apabila melihat dekorasi di dalam kedai ini.
Makanannya pula bertemakan seperti di kopitiam dengan kopi yang sedap, roti bakar, telur separuh masak dan menariknya ada juga laksam serta mee rebus.
Alamat: 523, Jln Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 21070, Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Jumaat Cuti, 9 Pagi hingga 6 Petang
3. Kedai Kopi Jantan
Ini adalah port lepaskan stress yang sangat menarik kerana kedai kopi ini berada di tepi pantai sahaja. Dahlah boleh healing, lepas itu dengan feel angin-angin sepoi bahasa lagi. Boleh bawa pasangan masing-masing atau keluarga anda datang sarapan di kedai ini.
Pelbagai sarapan menarik disediakan untuk pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke sini. Nasi berlauk bermacam jenis lauk seperti ayam masak merah, ayam kunyit dan daging kurma. Jangan lupa padankan sekali dengan kopi di sini.
Bayangkan korang tengah makan nasi berlauk bersama kopi panas di tepian pantai sambil menyaksikan sunrise, sungguh syiok!
Alamat: T145, Kampung Teliput, 21030, Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Buka Setiap Hari, 6:30 pagi hingga 7:00 malam
4. Kedai Kopi Kemasik
Kedai ini boleh dikatakan bertema seperti kopitiam di mana kedai ini seperti klasik dan moden, hiasan dalamannya juga mengenangkan seperti korang berada di zaman 80-an.
Menjadikan rumah klasik sebagai kedai kopi adalah idea yang sangat bernas dan mampu menarik golongan muda ke sini kerana suasana dan makanannya tip-top.
Bukan hanya menyediakan kopi dan roti bakar, tapi cukup lengkap dengan pelbagai pilihan makanan seperti variasi pasta, chicken chop dan nasi talapia penyet.
Alamat: 2208 Kg Tanah Lot Kemasik, 24200 Kemaman, Terengganu
Waktu operasi: Isnin Cuti, 4:30 Petang Hingga 11:30 Malam
5. Kedai Kopi Ngabang
Kedai sarapan ini buka sekejap sahaja pada waktu pagi. Namun, masih ramai berkunjung ke kedai ini kerana keunikan dan keenakan makanan di kedai ini.
Konsep hiasan dalaman kopitiam tersebut juga menarik untuk dipandang. Rupa-rupanya, kebanyakan barang hiasan yang ada adalah hasil kitar semula.
Dah sampai sini, wajib try Kopi Ngabang yang menggunakan biji kopi tempatan dengan Vietnam filter menambahkan lagi rasa kaw. Pelbagai makanan pagi disediakan seperti roti bakar telur goyang, mee kari, nasi lemak kuetiau goreng. Disebabkan itulah, ramai yang berkunjung ke kedai ini untuk sarapan.
Alamat: 7190B, Kampung Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Buka Setiap Hari, 7:30 Pagi Hingga 11:30 Pagi
Min yakin, korang rasa macam nak pergi je kelima-lima kedai kopi ni sebab konsep dan makanan serta kopi yang dihidangkan buat korang terliur! Jangan lupa untuk singgah tau ke kedai-kedai kopi ni.
Sumber : Dailymakan