Ikan Tilan Masak Lemak? Lain Macam Rupa Ikan Ni, Katanya Lagi Sedap Dari Rasa Ayam

MAKAN
November 29, 2022 - 06:01 PM


Bagi orang Pahang mungkin rupa ikan ini tidak pelik, tapi bagi mereka yang tidak pernah tahu kewujudan spesis ikan ini pasti akan cakap kenapa rupa dia macam ular sawa batik? 

Menariknya di Pahang, sungai-sungainya bukan sahaja kaya dengan buaya malah bermacam-macam lagi hidupan ada di sana. 

Untuk pengetahuan anda, selain ikan patin sejenis ikan lagi yang menjadi kegemaran masyarakat Pahang ialah ikan Tilan. Ikan ini merupakan ikan air tawar yang hidup di dalam sungai di kawasan tropika.

Ikan ini mempunyai ciri-ciri seakan belut, cuma ia mempunyai sirip seperti duri yang berbaris dan ikan ini juga mempunyai tubuh yang agak pipih.

Ikan Tilan ini sangat sesuai untuk dibuat masak gulai asam dan juga asam pedas. Ikan Tilan ini juga mempunyai isi yang sangat lembut seakan-akan ikan salmon.

Gambar masak lemak ni lain macam pulak rupa batiknya. Macam tak betul jer. 

Kalau gambar ni agak meyakinnkan sikit masak asam pedas. 

Jadi, anda mengidam ikan yang mempunyai rasa bak kayangan secara percuma? Datanglah ke negeri Pahang, terutamanya Kuala Lipis oleh kerana ikan Tilan ini kebiasaannya dijumpai di sini. Bagi mereka yang minat mengail, anda boleh mengisi masa anda dengan hobi, di samping mendapat habuan!