Lepak Kampung Talang, Kuala Kangsar Tawar Pengalaman 'Makan Dalam Kapsul'!

FOODIE
May 18, 2023 - 12:40 PM


Kalau kita sebut saja pasal kapsul mesti terfikirkan hotel kapsul yang dah ramai orang buat, kan...

Tetapi pernah tak korang terfikir untuk makan atau menikmati hidangan bersama rakan-rakan dan keluarga di dalam kapsul?

Jika ya, korang boleh merasai pengalaman makan dalam kapsul di Lepak Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar yang menjadi tarikan baharu kerana kedai tersebut menyediakan kapsul lengkap dengan aircond yang boleh memuatkan sehingga 4 orang pelanggan dewasa.

Bukan kapsul itu sahaja yang menjadi tarikan, malah ramai pelanggan datang ke Lepak Kampung Talang Hilir ini kerana banyak pilihan makanan bermula daripada westerndessert, sate, celup tepung sehinggalah ke hidangan kampung.

Tetapi paling penting selain rasanya yang enak, harga makanan di sini juga murah wei! 

Suasana yang nyaman di Lepak Kampung Talang Hilir ini sangat sesuai untuk dijadikan port bersantai atau gathering besar-besaran kerana selain kawasannya luas, kedai ini juga mempunyai persekitaran yang menenangkan untuk korang menjamu selera. 

Pelanggan boleh memilih sama ada ingin lepak di dalam kapsul atau di ruang makan terbuka untuk menikmati suasana alam semula jadi. Jika korang memilih untuk makan di outdoor menariknya korang akan dikelilingi deretan 'pokok akasia' yang berusia lebih 20 tahun di sekitar Lepak Kampung Talang Hilir ini.

Namun jika korang memilih untuk makan di dalam kapsul, seeloknya tempah dahulu beberapa jam sebelum korang datang dengan caj tambahan RM10.

Selesai saja makan, Lepak Kampung Talang Hilir juga menyediakan banyak ruang dan tempat yang korang boleh ber-OOTD tau dan upload terus ke Instagram.

Jarak Lepak Kampung Talang Hilir ni hanya 4km dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan berdekatan saja dengan Lebuh Raya PLUS jika korang exit terus ke Kuala Kangsar.

Tetapi ingat tau, korang kena buat tempahan dahulu sebelum datang sebab Lepak Kampung Talang ni setiap masa ramai orang. 

LEPAK KAMPUNG TALANG HILIR KUALA KANGSAR, PERAK

Alamat : 23, Jalan Taiping, Jalan Kampung Talang Hilir, 33000, Kuala Kangsar, Perak

No Tel:  011-16599397

Facebook: Lepak Kampung Talang

Destination: