"Set 2 Orang Makan Serendah RM50 Sahaja" - Lelaki Ini Ajak Orang Ramai Serbu Je Muar Kalau Nak Makan Seafood Murah!

FOODIE
October 12, 2023 - 12:11 PM


Ikan bakar merupakan menu kegemaran ramai, namun ia hanya dinikmati sekali-sekala sahaja memandangkan harganya yang mahal.

Terbaharu, seorang individu dikenali sebagai @NaufalAntezem meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi tentang port ikan bakar murah yang terdapat di Muar, Johor.

Menerusi perkongsian di laman X, pemuda itu memberi saranan kepada orang ramai untuk mencuba dua gerai yang terdapat di Medan Ikan Bakar Sabak Awor.

"Aku kesian kat mereka yang makan ikan bakar, seafood mahal-mahal tu. Ada yang sanggup terbang ke Sabah. Padahal ikan bakar, seafood murah yang sebenar kat Muar.

"Kau search Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Weekend ni pergi makan sana. Aku recommend gerai Wakjos Nombor Tujuh dengan Seha Nombor Sembilan," tulisnya.

Selain ikan bakar yang enak dimakan bersama nasi panas, warung-warung itu turut menawarkan aneka menu makanan laut seperti sotong celup tepung, kerang bakar, udang masak sambal petai, sayur goreng, nasi lemak dan macam-macam lagi.

Menurut Naufal, warung Seha Nombor Sembilan turut menawarkan set dua orang makan dengan harga serendah RM50 sahaja.

"Aku biasa makan macam ni, seorang. Tak percaya, kau tanya warung Seha Nombor Sembilan tu. Harga tengok, kadang RM30 lebih.

"Lebih sikit pun ada kalau aku ambil sotong lebih sikit dan ikan besar sikit. Mereka pun ada buat set dua orang makan RM50, kedai aturkan siap-siap senang," ceritanya lagi.

Selain keenakan rasanya, Naufal berkata lokasi itu turut menawarkan panorama menarik buat para pengunjung.

"Kalau datang siang sikit, view okey la. Ada menara tinjau Sungai Muar juga. Biasa lepas Maghrib penuh. Tapi aku borak-borak peniaga situ, katanya memang agak kurang juga orang semenjak dua menjak ni.

"Korang datanglah makan sini. Mana-mana gerai pun InsyaAllah sedap, berbaloi," kongsinya lagi.

Untuk rekod, topik mengenai ikan bakar hangat menjadi perbualan netizen selepas isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin Rahmat mendakwa terpaksa membayar RM1,260 ketika menikmati makanan laut di sebuah kedai di Medan Selera Tepian Tebrau, 30 September lalu.

Susulan pendedahan itu, peniaga kedai berkenaan turut memuat naik video penjelasan serta memperincikan setiap menu yang dipesan selebriti berkenaan.

Sumber: Mstar

ARTIKEL BERKAITAN: 15 Tempat Menarik Di Muar & Tangkak Untuk Percutian Ke Bandar Diraja Johor

Destination: