Korang Suka Seafood? Texas Chicken Ada Menu Seafood Baru Tau! Lengkap Dengan Burger Lazat Dan Jejari Rangup!

FOODIE
October 04, 2022 - 04:39 PM


Texas Chicken Malaysia sekali lagi membawa kelainan yang terbaharu! Sebelum ini mereka berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan menu hidangan Crunchy Jalapenos Burger dan Wrap, kali ini mereka tampil dengan menu hidangan berasaskan seafood!

Burger yang pertama adalah Shrimp Burger! Burger yang menggunakan patti udang yang digoreng sempurna! Demi kelazatan maksimum Shrimp Burger dilengkapi dengan sos mayonis, coleslaw, hirisan tomato dan juga chip tortilla rangup. Tak lupa juga roti bijan yang empuk.

Burger kedua pula Fish Burger! Istimewanya burger ini adalah menggunakan filet ikan, dihiasi hirisan keju dan disempurnakan dengan sos tartar yang cukup enak! Memang puaslah di setiap gigitan.

Selain dari dua burger seafood terbaru, Texas Chicken menghasilkan dua hidangan sampingan yang juga berasaskan seafood iaitu Tempura Prawn dan Fish Finger! Tempura Prawn adalah udang yang disalut tepung dan digoreng sempurna sehingga keemasan.

Fish Finger pula adalah hidangan berasaskan ikan yang juga digoreng sempurna dan rangup! Kedua-dua hidangan sampingan ini datang dengan sos tartar sebagai pencicah. Memang sesuai untuk anda beli dan lengkapkan set seafood Texas Chicken!

Jadi, jangan lepaskan peluang bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk merasai sendiri keenakan dan kelazatan menu seafood terbaharu dengan berkunjung ke cawangan Texas Chicken berdekatan anda!

Destination: