10 Restoran Seafood Terbaik di Tawau Dan Semporna Sabah!

FOODIE
July 17, 2019 - 04:05 PM


Nak makan seafood sedap tapi murah, Semporna salah satu destinasi yang perlu korang terjah. Bukan sahaja menyajikan pulau-pulau bertaraf 5 bintang, Semporna juga merupakan syurga bagi mereka yang gemar makanan laut.

Namun, nak makan seafood terbaik bukan boleh main terjah jer ya! Sebab kalau salah pilih tempat makan, tak pasal-pasal harga kena sembelih dan kualiti pula tidak memuaskan.

Berikut kami kongsikan 10 tempat makan terbaik bagi penggemar seafood jika ke Semporna, Sabah.

#1. Dragon Inn

 

Alamat: 1, Jalan Kastam, Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Fresh seafood, suasanan yang tenang dan view yang menarik. Yang penting rasa masakan mengancam! 

Menu pilihan: Red Snapper Fish dan Lobster

#2. Anjung D'Samudera Cafe

Gambar: https://travelholic.my

Alamat:  Lot 1 B1 | Lot B1 Newtownship seafront, Semporna 91307, Malaysia

Fresh seafood, harga pun lebih murah dan rasa boleh tahan sedap.

#3. Restoran Sri Titingan

Alamat: Sri Titingan Seafood, Kg Titingan, 91000 Tawau

Restoran ini terletak di Tawau. Banyak mendapat review yang positif dari pelanggan, jadi tak mustahil restaran ini menjadi pilihan ramai apabila ke Semporna atau Tawau. Masakan melayu adalah kekuatan yang ada di kedai makan ini. 

#4. Ocean Treasure Live Seafood Restaurant

Alamat: Address : Ground Floor, Lot C1, Semporna Sea Front Township, 91308 Semporna

Banyak pilihan seafood, kebiasaan orang agak ramai kat restoran ni, jadi kalau crowded sikit tu faham-fahamlah sebab ianya menjadi tumpuan penggemar seafood.

#5. Restoran Warisan Tampi-Tampi Semporna

Antara the best dari segi rasa dan suasana. Lepas makan korang boleh rehat di tepi lut yang cantik dan tenang. Sotong Salted Egg memang terbaik cuma ikan siakap kalau garing sikit memang umhppp... Ikan siakap stim limau pula boleh tahan sedap.

#6 Restaurant Haji Tamrin, Tawau

Ni pun antara reatoran wajib singgah tiap kali ke Tawau. Masakan terbaik, harga pun tak mahal sangat. Kalau nak cuba nasi kuning yang popular dekat Sabah boleh juga datang sini. Seafood pun not bad actually. Kami selalu singgah sini untuk makan tengah hari. 

#7. Good View Fresh Seafood Restaurant, Sabindo

Restoran ni terletak di Tawau, Nampak dari luar biasa-biasa jer tapi rasa dia sedap dan harga murah.