"Bakal Jadi Port Percutian Viral!" - 14 Tarikan Dan Hidden Gem Di Jeli Kelantan!

TRAVEL
July 10, 2023 - 12:28 PM


Kelantan sebenarnya penuh dengan tarikan dan hidden gem yang menarik selain dari Kota Bharu tau! Antaranya di Jeli, yang juga meruapakan pintu masuk atau "gateway" ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Tak jauh pun dari Kota Bharu, cuma perlulakan lebih kurang dalam satu jam untuk ke sana. 

Kalau nak tahu Jeli memang satu lokasi percutian yang sesuai sangat buat korang yang nak lari dari kesibukan kota dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi! Jadi, jom kita explore apa tarikan dan hidden gem yang ada di Jeli yang ada pada tahun 2023 ini!

1.  Masjid Iktikaf, Maahad Tahfiz Al Quran Darul Quwwah

Sebelum bertolak ke Jeli, kami sempat singgah di satu masjid yang cukup unik senibinya iaitu Masjid Iktikaf di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Quwaah.

Sebaik sahaja anda memandang Masjid Iktikaf ini, anda bakal terpegun dengan senibinanya yang diperbuat daripada kayu-kayuan. Lebih menarik, pembinaan Masjid Iktifkaf ini hanya bersandarkan ilham si tukang perabot professional tanpa bantuan kontraktor binaan ataupun tukang rumah.

Pembinaanya juga tidak menggunakan pelan binaan khusus. Ia dibina dengan menggunakan 11 jenis kayu hutan antaranya jembal, kelat, mahagoni, manggis, medang, sentang dan tembesu. Masjid ini mampu memuatkan hingga 220 jemaah pada satu-satu masa.

Alamat: 

Maahad Tahfiz Al Quran Darul Quwwah Lot 229,

Jalan Ehsan, Pasir Tumboh

16400 Kota Bharu, Kelantan.

2. Po-land Grape, Machang

Siapa sangka, di tanah Kelantan ada kebun anggur! Po-land Grape di Machang merupakan kebun anggur pertama di di Kelantan. Po-land Grape Machang ini diusahakan oleh Encik Nur Taufiq Yusuf.  Ada lebih kurang 50 spesies yang ditanam di kebun ini antaranya ialah Dickson, Faith, Vales dan banyak lagi.

Selain dari korang boleh membeli buah anggur, korang juga boleh melihat dengan lebih dekat pokok buah anggur dan juga mengikuti kelas cara menanam anggur! Menarik kan! Anak pokok dan baja buatan sendiri turut dijual.

Alamat: 

Po-land Grape Machang,

Kampung Batu 31,

18500 Machang, Kelantan.

No. Tel: +6 016 760 9403 (Encik Nur Taufiq Yusuf)

3. Jambatan Guillemard @ Guillemard View

Nak cari port ootd mahupun bergambar? Inilah lokasi terbaik untuk korang. Landskap Persekitaran Jambatan Guillemard Kampung Kusial Bharu telah siap dan dibuka. Sesuai dijadikan lokasi riadah bersama keluarga. Ada banyak info menarik tentang sejarah Jambatan Guillemard dan juga taman permainan untuk kanak-kanak.

Jambatan Guillemard merupakan jambatan kereta api kedua terpanjang (600 meter) dan tertua di negara ini selepas Jambatan Victoria di Perak. Ia merentasi Sungai Kelantan di antara Paloh Rawa, Machang dan Kusial, Tanah Merah. Dinamakan sempena Gabenor British, Sir Laurence Guillemard, ia dibina pada 1920 dan siap sepenuhnya pada 1924. Jambatan ini pernah diletupkan bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai pada 12 Disember 1941. Ia dibina semula dan dibuka pada 7 September 1948.

Alamat: 

Kampung Kusial Bharu,

17500 Tanah Merah, Kelantan

4. Menginap di D Pergau Inn

Jika anda mencari satu penginapan yang ringkas dan selesa di Jeli, D Pergau Inn adalah jawapannya! Lokasinya juga cukup strategik dengan tarikan setempat. Bilik lengkap berhawa dingin dan yang paling penting, ada kolam renang baik untuk dewasa dan juga kanak-kanak!

Alamat:

D Pergau Inn Lot 2587 Jalan Kampung,

Kampung Kuala Long,

17600 Jeli, Kelantan.

No telefon: 601-110120848

5. Makan Malam di Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang

Boleh dikatakan rugi kalau korang tak datang makan malam di Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang sebab memang dijamin sedap! Berjiran dengan negara Thai ni memang memudahkan korang untuk merasai keaslian makanan tradisional masyarakat Siam tanpa perlu menyeberangi sempadan.

Rasa autentik Thai tu memang ada pada setiap hidangan. Antara menu istimewa di sini Miang Pla Pao, Nasi Khaomok, Siakap Phed Piaw, Tom Yam Poktek dan Namthok! Wajib cuba guys!

Alamat: 

No 1, Sebelah JPJ Bukit Bunga,

Kampung Bukit Bunga,

17500 Tanah Merah, Kelantan.

6. Daki Bukit Salor 

Antara aktiviti wajib cuba di Jeli adalah mendaki Bukit Salor! Bukit Salor adalah lokasi yang tepat untuk korang nikmati permandangan awan karpet yang memukau! View dari puncak Bukit Salor pun memang puas hati! Confirm hilang rasa penat tu!

Trail dakian pula boleh dikatakan cukup mudah dan sesuai untuk beginnner. Korang cuma perlu bawa dan pakai kelengkapan yang sesuai. Disyorkan untuk datang awal pagi so baru lah boleh rakam moment sunrise di Bukit Salor! 

7. Lata Kashmir

Jeli sebenarnya memang terkenal dengan keindahan lata dan juga air terjun! Antara yang menjadi sebutan adalah Lata Kashmir. Jeram berbatu dengan air yang jernih berlatarbelakangkan empangan, bukit serta lapangan rumput yang menghijau. View dia memang wow!

Memang jadi port bagi penggemar fotografi dan juga kaki OOTD. Fasiliti di sini juga cukup lengkap dan selesa. Tiap kali hujung minggu atau cuti panjang memang penuh dengan pengunjung. Ada yang datang untuk aktiviti berkhemah dan juga berkelah. Aktiviti air seperti water tubing dan water rafting pun ada tau!

8. Air Terjun Mawoo (Air Terjun Dilawale)

Air Terjun Mawoo atau juga dikenali sebagai Air Terjun Dilwalee ni memang terkenal di Jeli. Untuk ke sini, korang boleh trekking tapi kalau nak lebih mudah redah hutan dengan menaiki 4x4. Sebaik sahaja tiba di lokasi, korang mesti terpegun dengan keindahan Air Terjun Dilwale! Kena dengan nama,boleh la korang fefeeling buat video klip hindustan!

9. Lata Janggut

Kita ke lata seterusnya iaitu Lata Janggut. Satu destinasi popular dan mesra keluarga. Pengunjung suka datang ke sini kerana terdapat beberapa kolam mandi yang terbentuk daripada batu-batu di jeram ini yang selamat untuk dijadikan tempat mandi manda. Kalau waktu hujung minggu memang penuh! Fasiliti juga lengkap. Buat pengunjung yang tak pandai berenang, life jacket turut disediakan! 

10. Lata Hokkaido

Lata Hokkaido yang terletak tidak jauh dari Lata Janggut ini memiliki keunikan semulajadi tersendiri dengan pemandangan hutan, bukit dan gunung yang menarik. Kawasan ini sangat sesuai untuk beriadah mahupun melakukan aktiviti lasak seperti berkhemah dan mendaki gunung. Kalau korang perhati betul-betul, memang dapat rasa 'vibe' berada di Hokkaido! Di Lata Hokkaido juga sering jadi port perkhemahan!

11. Explore Gunung Reng

Gunung Reng terletak di Kampung Gunong, 15 kilometer dari pekan Jeli, Kelantan. Gunung yang memiliki mitos unik yang tersendiri. Di bawah tapak gunung ini pernah wujud sebuah perkampungan yang diberi nama Kamgpung Tala. Dulu kala dikatakan orang kampung suka lagakan pelbagai jenis binatang sampai anjing dilagakan dengan kucing. Akibat dari itu, mereka dilanda ribut hujan dan sehingga diserkup oleh gunung ini! 

Ada tiga aktiviti menarik menanti korang:

  1.  Menawan puncak Gunung Reng 
  2. Mengelilingi Gunung Reng (ambil masa dalam 2 hari)
  3. Explore 69 jenis gua yang ada dalam Gunung Reng

12. Bermalam di Lalang’s Resort & Spa

Pendek cerita, Lalang’s Resort & Spa yang terletak di Kampung Gemang ini memang salah satu penginapan terbaik yang ada di Kelantan. Resort ini dikelilingi kawasan hutan hijau dan sungai (Lata Keding) yang jernih menjadi tarikan utama bagi para pengunjung. Suasana ketika berada di sini memang mendamaikan dan rasa mewah.

Lalang's Resort & Spa menawarkan 9 jenis bilik penginapan. Kami bermalam di Arabian Tent yang sesuai untuk kaki glamping! Lengkap dengan dua katil king, berhawa dingin dan juga tv. Yang paling best selain dari suasana yang nyaman, sudah tentunya infinity pool! Lagi segar sebab kolam dia menggunakan air sungai!

Alamat: 

PT 6293, Sungai Keding,

Kampung Gemang 17700 Ayer Lanas,

Jeli, Kelantan.

*Untuk tempahan klik di sini

13. Akok Belahat

Kuih akok, kuih tradisi yang popular di Kelantan dan Terengganu. Kuih lemak manis ini mempunyai beberapa jenis antaranya Akok Nisan (gula melaka), Akok Pandan dan Akok Kemboja. Pembuatan Akok Belahat masih mengekalkan resepi dan juga kaedah pembakaran tradisi yang menjadi sebab utama kenapa ia dianggap akok paling sedap di daerah Jeli. Jangan lupa singgah okay!

Alamat: 

No.98, Kampung Belahat,

17600 Jeli, Kelantan

14. Pizza Jangok Mek Ani

Cerita Pizza Jangok (cantik) Mek Ani bermula pada 2016 dengan jualan mini pizza dari rumah secara dalam talian pada tahun 2016. Kini, Piza Jangok Mek Ani antara yang terkenal di Jeli! Sudah pun beroperasi di sebuah kafe dengan menawarkan pelbagai menu piza hit-nya antaranya Pizza Manja, Pizza Peperoni Ayam, Pizza Meatball, Pizza Seafood, Pizza D'Raja dan bermacam lagi. Senang cerita piza Mek Ani memang kena dengan tekak orang melayu! 

Alamat:

Lot 14426, 3, Kampung Chedok,

17700 Ayer Lanas Jeli, Kelantan

Destination: