"Pagi-pagi Dah Buat Onar!" - 'Karen' Buat Hal, Cop Parking Sesuka Hati
TERKINIDah 2023, kita masih lagi berdepan dengan Isu 'cop' parking. Budaya 'cop' parking ini sering berlaku di kebanyakan kawasan termasuk perumahan dan lot kedai. Malah di pusat beli-belah juga budaya ini menjadi satu trend yang kurang sihat.
Ia dilakukan individu tertentu dengan meletakkan sesuatu 'tanda' atau objek seperti kon, tong gas atau botol di petak parkir yang kosong. Bahkan ada yang sanggup berdiri di ruang parkir yang kosong it.
Viral satu video yang dimuatnaik, satu insiden yang dipercayai berlaku dia Pulau Pinang. Seorang 'Karen' dengan beraninya cop parkir yang kosong dan menghalau kereta yang ingin memasuki ruang tersebut.
Mana boleh ini macam auntie....ini salah... pic.twitter.com/Q6zfvah4a5
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 6, 2023
Tindakannya itu menyebabkan jalan menjadi sesak. Budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.
"Individu yang sengaja 'cop' parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.