Nak Percutian Yang Menjimatkan? - Ini 18 Tips Merancang Percutian Yang Best Dengan Low-Budget!

TRAVEL
July 07, 2023 - 03:28 PM


Mesti pernah bermimpi untuk melancong ke seluruh dunia tetapi kekangan wang sering menjadi penghalang kepada impian tu, kan? Sememangnya melancong merupakan antara hobi yang mahal dan sukar untuk direalisasikan bagi kebanyakan orang.

Namun, anda mesti pernah dengar tentang budget travelling, bukan? Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil lagi. Anda mungkin dalam percutian bajet yang agak ketat tapi itu tidak bermakna anda tidak boleh pergi bercuti dengan penuh bergaya.

Suka tak kalau boleh berjalan di kota Sydney sambil melihat keindahan bangunan dan sekeliling yang jauh berbeza dari negara kita, ataupun pergi bercuti di saat-saat akhir tanpa rasa bersalah sebab duit kita dah cukup?

Min bagi kepada korang 18 tips yang boleh digunakan untuk menjimatkan perbelanjaan semasa anda bercuti

1. Bawa Topi Serbaguna

Bawa topi bulat anda. Topi bulat mempunyai banyak fungsi sebenarnya. Boleh menjadi aksesori fesyen, lindungi dari terik matahari, dijadikan beg membawa makanan, melindungi minuman sejuk, menyimpan barang bilik air atau menyembunyikan barang berharga. 

Macam-macam topi tu boleh dijadikan. Banyak kos yang dapat ditampung dengan hanya membawa satu topi bulat.

2. Jadi Fleksibel

Tiket penerbangan boleh jadi jauh lebih murah apabila ramai orang tidak mahu terbang pada hari atau waktu-waktu tertentu. Contohnya semasa hari perayaan. 

Siapa yang mahu bercuti luar negara waktu perayaan, kan? 

3. Cuba Jadi Warga Tempatan

Pergi ke kedai-kedai tempatan untuk makan. Tanyalah orang yang tinggal di sana restoran mana yang disyorkan. Cari juga cara untuk mendapatkan tiket perayaan atau acara yang menarik serta cara mendapatkan kenderaan awam.

4. Jadi Pelajar Di Mana Jua

Kalau anda masih pelajar, gunakan kelebihan itu sebaik mungkin walaupun di luar negara. Jangan lupa untuk bertanya kalau-kalau ada diskaun untuk pelajar.

Seperti menaiki kenderaan awam, restoran atau apa-apa acara, mereka semestinya ada diskaun untuk pelajar. Mereka mungkin tidak mengiklankannya walaupun diskaun untuk pelajar memang ada.

5. Jadi Pakar Mata Wang

Sentiasa periksa kadar pertukaran mata wang sebelum pergi bercuti. Kalau kita berjaya memilih mata wang yang sesuai dan memberikan kita lebih nilai, kita boleh jimat dengan lebih banyak.

6. "Breakfast Included"

Cari dan tempah hotel yang menyediakan sarapan pagi walaupun harganya sedikit mahal atau mungkin lebih. Bila kita makan awal di waktu pagi seperti sandwich yang kita boleh bawa bersama, ia dapat menjimatkan percutian tersebut untuk makan tengahari.

Jangan pelik kerana ramai yang berbuat demikian dengan membungkus makanan-makan kecil seperti sandwich, pastri seperti croissant, sosej ataupun jejari ayam. 

7. Jadi Pakar Fotografi

Ambik gambar sebanyak mungkin semasa pergi bercuti. Gambar adalah cenderamata yang paling berharga dan tidak ternilai untuk dibawa pulang bahkan boleh jadi punca rezeki untuk percutian akan datang.

Manalah tahu kita boleh sertai pertandingan fotografi dan menang. Mungkin anda akan mendapat tiket penerbangan atau wang tunai yang banyak sebagai hadiah.

8. Si Pejalan Kaki

Apa kata kalau anda pergi berjalan kaki di dalam bandar? Percuma je tau! Jimat duit sambil melihat kehidupan sesuatu tempat baru dengan lebih dekat. Kalau anda bernasib baik, ada penjaja jalanan yang akan bagi makanan dan minuman percuma.

9. Bawa Pakaian Ringan

Bawa barang keperluan sahaja supaya anda tidak perlu bayar lebih untuk checked luggage. Jangan malas untuk basuh baju selagi anda boleh mengurangkan pakaian yang perlu dibawa.

10. Percutian Bebas

Elakkan daripada membayar kos lawatan yang tidak diperlukan. Kenapa kita kena bayar untuk travel dalam bas mini yang penuh dengan pelancong lain semata-mata untuk diberitahu bila kena ambil gambar dan dikawal sana sini.

Biasanya kenderaan awam lebih murah dan kita boleh tinggal di sana lebih lama tanpa pengawasan.

11. Pelancong Basikal

Sewa basikal untuk sehari dan pergi teroka segala yang ada. Anda akan merasai kegembiraan tak terhingga melihat tempat-tempat baru sambil bersenam untuk kesihatan tubuh badan.

12. Pek Kebersihan Mini

Tak perlu bawa peralatan kebersihan diri supaya beg kita lebih ringan. Beli sahaja di tempat yang kita lawati bersaiz kecil dan kita tidak perlu bawa balik selepas percutian berakhir.

13. Jadi Orang Kampung

Pergilah ke kawasan pinggir bandar. Biasanya barang di sana lebih murah termasuklah kedai-kedai dan kafeteria. Anda juga akan berpeluang untuk melihat tempat-tempat yang menjadi kegemaran orang tempatan untuk meluangkan masa mereka. Jauh daripada pelancong yang lain.

14. Air Percuma

Bawa botol air plastik dalam beg anda. Nanti bolehlah diisi di kawasan yang menyediakan air percuma seperti di lapangan terbang. Jimat dah kat situ. Tak perlu beli air di mana-mana kedai serbaneka yang sememangnya mahal jika di lapangan terbang.

15. Beg Zip Lock

Jangan sesekali lupa untuk membawa beg zip lock atau mudah dikenali sebagai beg sandwich yang boleh ditutup semula untuk menyimpan telefon bimbit supaya terlindung daripada pasir pantai ataupun percikan air.

Ini dapat menyelamatkan duit anda daripada terpaksa membeli telefon baru kalau rosak masa tengah main bola tampar di pantai atau ketika berkayak di kawasan tasik.

16. Beg Syiling

Adakan satu tempat simpat duit tak kiralah beg atau bekas. Ia boleh digunakan untuk menyimpan duit baki harian dan bolehlah menambah duit untuk percutian bajet sebelum terbang ke destinasi impian.

17. Berdua Lebih Baik

Berkawan dengan orang yang mempunyai minat yang sama iaitu bercuti. Kita boleh merancang percutian bersama-sama untuk mendapatkan diskaun.

Selain itu, kita boleh berkongsi untuk membayar bil restoran dan mungkin juga mendapatkan tempat percuma untuk menginap di negara orang. Harapnya kita boleh menjadi gembira sempanjang bercuti.

18. Gunakan Aplikasi Pengimbas

Gunakan aplikasi tiket penerbangan seperti Google Flights dan anda akan dapat lihat senarai tiket penerbangan ke semua destinasi, bermula dengan harga yang paling rendah.

Set-kan reminder harga supaya kita boleh memantau perubahan harga tiket penerbangan yang dipilih. Mudah je. Gunalah untuk mendapatkan tawaran hebat untuk hotel dan kenderaan.

Tips yang paling berguna sekali untuk menjimatkan ketika melancong adalah untuk sentiasa stick to the plan atau ikut perancangan secara berdisiplin. Pasti anda mampu untuk menikmati percutian yang menarik tetapi menjimatkan.