Pertama Kali Nak Bercuti Luar Negara? Ini 7 Tips Percutian Yang Lebih Selamat
TRAVELWaktu sekarang kebanyakan orang travel sendirian atau dalam kumpulan kecil sahaja. Apabila kita berjalan ke luar negara tanpa orang yang lebih berpengetahuan, agak sukar bila kita sampai di di situ nanti kerana perlu berbahasa lokal atau mencari tempat tinggal dan sebagainya.
Semestinya bila kita dah berkeluarga dan mampu untuk bawa keluarga bercuti, kita terfikir untuk bawa mereka bercuti di luar negara. Namun jika korang tidak pernah mempunyai pengalaman ini dan pertama kali ingin membawa anak-anak bercuti ke luar negara pasti timbul rasa gusar di hati. Tertanya-tanya bagaimana cara dan perkara yang perlu dilakuan untuk realisasikan percutian ini.
Oleh itu, sebelum korang berlepas, ini 7 tips yang tidak boleh ditinggalkan untuk kekal selamat dalam perjalanan mahupun ketika bercuti. Ingat apa yang selalu diperkatakan; bersedia!
1. Pastikan Kad Korang Selamat
Kita semua fikir ia tidak akan berlaku kepada diri sendiri tapi malangnya, penipuan kad kredit boleh berlaku apabila korang berada di luar negara. Jadi, simpan semua resit korang semasa dalam perjalanan, semak akaun bank korang dalam talian secara berkala untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar.
Sentiasa berhati-hati apabila membuat bayaran dalam mata wang asing, periksa kadar pertukaran dan pastikan bahawa tiada tambahan akan ditambah dalam bil anda.
Apabila bayaran dibuat, cuba untuk elak menyerahkan kad dan sebaliknya tegaskan semua urus niaga dilakukan di hadapan korang. Jika korang kehilangan kad atau mengesyaki sebarang perbuatan khianat, hubungi syarikat kad kredit serta-merta.
Salah satu perkara terbaik mengenai pembayaran dengan kad kredit adalah bahawa korang harus diinsuranskan bagi apa-apa kerugian jika sesuatu berlaku.
2. Simpan Wang Tunai Dengan Selamat
Mencuri merupakan perkara biasa di banyak bandar dan pencuri mahir ini mempunyai pelbagai jenis taktik untuk mengambil sebahagian daripada harta benda korang.
Namun pakaian dalam korang boleh menjadi jawapan untuk menyimpan barang-barang berharga dengan selamat. Cara ini mungkin kedengaran amat pelik kerana tak pernah dibuat sepanjang berada di negara sendiri. Tetapi itu adalah satu daripada cara untuk kekal selamat di negara orang.
Terdapat ratusan pakaian yang boleh menyimpan wang di pasaran dan ada juga yang sampai menjahit poket rahsia di dalam pakaian dalam ataupun jaket mereka untuk sembunyikan wang tunai sekirangan berlaku kes kecemasan.
3. Pakai Pakaian Seperti Penduduk Tempatan
Satu tip yang berguna untuk wanita khususnya, pelajari kod pakaian tempatan sebaik sahaja korang tiba dan membeli pakaian yang sesuai jika perlu kerana ia boleh mengelak banyak potensi gangguan di negara-negara seperti India.
Untuk negara-negara Islam, memakai tudung untuk perlindungan korang sendiri juga sebagai tanda menghormati budaya dan adat resam tempatan. Seeloknya korang study dulu tempat yang ingin dilawati dan belajar tentang pakaian mereka.
4. Bawa Kit Pertolongan Cemas
Perkara terakhir yang selalu kita ambil remeh adalah tidak bersedia jika berlakunya kecederaan ataupun ubat-ubatan yang penting. Oleh itu, dinasihakan untuk membawa kit pertolongan cemas atau biasa kita panggil first-aid kit dengan plaster, penghalau nyamuk dan ubat cirit-birit dalam pek korang.
Ianya kecil dan ringan serta akan membantu korang mengelakkan banyak situasi yang tidak menyenangkan. Banyak farmasi yang menjual kit kecemasan yang kompak dan kecil. Sekotak kit padat yang kecil mempunyai semua yang korang perlu.
Satu lagi tip yang korang harus pertimbangkan adalah membawa lampu suluh bersama ketika bercuti. Ia boleh digunakan ketika korang berjalan di jalan yang paling gelap seperti di Delhi mahupun Thailand. Cukup dengan beli lampu suluh yang kecil mempunyai klip dan boleh digantung di seluar.
5. Dokumen dan Pasport
Sebelum korang pergi ke mana-mana, pastikan seseorang tahu korang di mana dan mempunyai salinan jadual perjalanan atau itinerari percutian.
Ia juga merupakan idea yang baik untuk tinggalkan salinan pasport korang dan mana-mana visa kepada ahli keluarga yang dipercayai atau rakan korang sekiranya berlaku kes kehilangan, diculik atau diabaikan semasa berlaku rampasan kuasa tentera.
Seeloknya korang buat salinan dahulu dan simpan untuk diri sendiri jika ke luar negara. Penting sekiranya telefon pintar yang menyimpan maklumat kehabisan bateri atau hilang sewaktu perjalanan. Macam-macam perkara boleh berlaku.
Simpan juga butiran nombor pihak kedutaan untuk digunakan nanti. Dapatkan maklumat lanjut di Panduan Pasport Malaysia Antarabangsa.
6. Gunakan Pengetahuan Penduduk Tempatan
Pengetahuan paling berharga yang boleh didapatkan akan sentiasa datang daripada penduduk tempatan. Apabila tiba di tempat baharu, cuba cari seseorang yang boleh dipercayai.
Mereka mungkin terdiri daripada pemandu pelancong, pemilik restoran, pemilik bar tempatan mahupun peniaga pasar berdekatan.
Nasihat mereka benar-benar boleh menjadi penyelamat dan membantu korang mengelakkan sebarang keadaan yang sebenarnya tidak berbahaya. Seronok bila berkenalan dengan mereka kerana korang akan dapat info tentang tempat terbaik untuk makan, tourist attraction dan bergembira)
7. Bawa Atau Menyimpan Gambar Anak-Anak Jika Melancong Bersama Keluarga
Jika korang membawa anak-anak melancong bersama, pastikan bawa sekali gambar terbaharu setiap seorang jika mereka hilang bersiar-siar di luar tanpa sedar.
Bayangkan perkara ini berlaku pada waktu ramai orang, jalan yang sibuk dan akan mula rasa bahawa gambar-gambar ini akan menjadi sangat penting untuk mencari orang yang tersayang.
Sekarang korang dah tahu panduan untuk kekal selamat sekiranya melancong ke luar negara bersama keluarga ataupun seorang diri. Selalu ingat banyak kemungkinan yang bakal berlaku di negara orang dan kita harus bersiap sedia.