Wanita Ini Kongsi 7 Tips Berguna Untuk Korang Yang Ada Plan Nak Travel Solo
TRAVELApabila bercakap bab melancong atau bercuti -- ada yang lebih gemar memilih untuk bergerak secara solo.
Mungkin ramai yang memilih masa untuk 'healing' secara bersendirian dan ada juga yang inginkan privasi serta percaya dengan kemampuan sendiri menjaga diri di tempat orang.
Malah ada juga yang mungkin bergerak secara solo untuk bercuti selepas beberapa kali rancangan bersama rakan asyik tergendala.
Meskipun potensi untuk terdedah kepada faktor risiko dan membahayakan keselamatan -- namun trend 'solo traveller' semakin menjadi ikutan termasuklah oleh golongan wanita.
Bagi korang yang mungkin mempunyai keinginan melakukan hal sama atau ada perancangan bagi mencabar diri -- berikut dikongsikan beberapa tips berguna daripada seorang pengguna Twitter bernama Zalea yang boleh dijadikan panduan bagi memudahkan urusan korang ketika travel solo.
Mana tidaknya, kalau dah namanya solo pasti sukar untuk meminta bantuan orang lain dalam situasi tertentu seperti menangkap gambar.
7 TIPS ELAK BAHAYA KETIKA TRAVEL SOLO
1. JANGAN 'OVER' PERAMAH
Kalau orang lain tanya, beritahu mereka korang datang dengan pasangan atau keluarga tetapi berpecah sekejap.
Jangan maklumkan situasi sebenar yang korang datang sendirian, mahu lebih selamat pakai cincin tanda sudah ada pasangan.
2. SEDIAKAN ITINERARI
Tulis itinerari lengkap termasuk butiran lain seperti resit tempahan hotel dan tiket-tiket untuk masuk ke tempat pelancongan seperti Disneyland.
Ini bagi mengelakkan daripada terjadi masalah semasa di lapangan terbang.
3. JANGAN TERLAMPAU BAIK
Kadang-kadang sikap yang terlampau baik boleh memudaratkan seperti di lapangan terbang, jangan peduli kalau ada yang minta tolong pegangkan beg.
Berdepan situasi ini, sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa mereka sedang cuba jadikan anda keldai dadah.
Pentingnya jadi selfish kalau dekat lapangan terbang... orang lain ambil tempat duduk kita pun, sila 'usir'.
4. SENTIASA KONGSI KEBERADAAN
Jangan lupa untuk kongsikan live location dengan keluarga atau kawan terdekat.
Pastikan sentiasa memaklumkan kepada mereka apa yang dilakukan setiap hari.
5. CARI HOTEL DEKAT DENGAN KEMUDAHAN & RAMAI ORANG
Jangan pergi check-in dekat rumah atas pokok dalam hutan pula.
Elakkan tempat-tempat sunyi dan kalau boleh ambil yang berdekatan balai polis dan hospital.
6. JAGA BAGASI DAN BEG TANGAN
Di luar negara ni ramai penyeluk saku dan sudah ramai yang hilang bagasi walaupun bersaiz besar.
Biasanya penyeluk saku ada 3 orang yang 'bertugas' -- iaitu yang pertama mengalihkan perhatian korang, sorang lagi mencuri dan kemudian bagi barang kepada orang yang terakhir.
7. SENTIASA BAWA BARANG PENTING
Bagi memudahkan urusan dan langkah kecemasan, pastikan sentiasa bawa alat seperti bidet, SOS keychain, compressor bag dan vakum, tripod serta travel dispenser.