15 Tips Menarik Bagi Mereka Yang Pertama Kali Melancong Ke Jepun

TRAVEL
February 17, 2023 - 04:31 PM


Mungkin ramai antara kita yang suka melancong ke luar negara mensasarkan Jepun antara destinasi impian yang wajib dilawati.

Ini kerana selain keunikan budaya dan disiplin rakyatnya yang luar biasa -- Jepun juga antara negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan terkenal dengan kehebatan teknologi pintarnya.

Bagi anda yang mungkin merancang untuk bercuti ke 'Negara Matahari Terbit' itu tidak lama lagi atau mungkin menjadi antara pelancong yang pertama kali melawat Jepun -- ini ada 15 tips khas yang bakal membantu anda bersedia serta mendapat bayangan bagaimana untuk melancarkan proses percutian anda ke sana.

15 TIPS BAGI YANG PERTAMA KALI MELANCONG KE JEPUN :

1) TIDAK PERLU VISA

Visa tak perlu. Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari.

2) TUKAR DUIT YEN DI MALAYSIA 

Duit Yen tukar siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran lebih baik. Boleh juga tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana.

3) GUNA POCKET WIFI

Talian internet bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia.

4) BELI PAS KERETA API

Beli pass kereta api (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan kereta api efisen dan menepati waktu.

Contoh, kereta api mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Setiap keretapi adalah punctual.

5) BAWA MAKANAN SEGERA

Makanan halal ada, tapi tidak di semua tempat. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan menaiki kereta api. Saya suka Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan masukkan dalam tupperware untuk dibawa travel.

6) 7-ELEVEN JEPUN BEST

Kalau lapar sangat masuk 7E. Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam 'alangkah kalau kat Malaysia pun macam ni'.

Kat kaunter cuba cakap - Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) - wa- doko desuka? (where is it?).

Sumpah, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.

7) PILIH PENGINAPAN YANG PALING MUDAH DENGAN AKSES PENGANGKUTAN AWAM

Penginapan bergantung kepada bajet anda. Saya pernah duduk hotel, rumah Air BNB, tumpang rumah kawan Jepun. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur.

Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses (baca: dekat) dengan stesen bas atau stesen keretapi. Berjalan kaki - anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.

Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka.

9) KOMBINASI ALAM SEMULAJADI & KECANGGIHAN MODEN

Tempat menarik kat Jepun? - Saya dah sampai Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, Gotemba, gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sangat sesuai untuk dilawati. 70 peratus muka bumi Jepun adakah hutan dan gunung.

Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.

10) PRAKTIS BAHASA JEPUN YANG MUDAH

Bahasa Jepun elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. Contoh: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello - Kon ni chi wa, Terima kasih - Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen.

Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik.

11) VENDING MACHINE MERATA ADA DI JEPUN

Vending machine teramat banyak di sana. Boleh beli apa saja. They are everywhere. Terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini. Daripada bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la kan. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. Buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.

12) TANDAS SANGAT BERSIH & CANGGIH

Semua tahu betapa berdisiplinnya rakyat negara Jepun. Justeru tidak hairanlah tandas awam di sana sangat bersih dan dilengkapi dengan peralatan canggih. Sampaikan button mana nak tekan pun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan.Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan (sori tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda), tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.

13) SURAU SEMAKIN BANYAK DI JEPUN

Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.

Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk.

14) ETIKA PEMAKANAN DI JEPUN

Makan ramen dengan hirupan bunyi kuat dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu. Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.

15) DUIT SYILING JEPUN

Duit syiling Jepun ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) - kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.

Selamat melawat Jepun!

Kredit : Yamin

Destination: