
Simulator Penerbangan Dalam Bilik Hotel Di Jepun
July 22, 2019 - 11:43 AM
Siapa yang nak merasai pengalaman unik bercuti sambil menjadi ‘juruterbang’?
Di Jepun, ada sebuah hotel iaitu Haneda Excel Hotel Tokyu yang menawarkan bilik penginapan lengkap dengan simulator penerbangan pesawat Boeing 737-800!
Bermula 18 Julai lalu, hotel yang terletak berhampiran dengan Terminal 2 Lapangan Terbang Tokyo Haneda telah melancarkan ‘Bilik Kokpit Superior’ kepada tetamunya yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman memandu sebuah kapal terbang di dalam bilik mereka.
Kadar harga bilik bermula dari 25,300 Yen (RM965), tetapi tidak termasuk dengan pakej simulator tersebut yang mana ia perlu ditempah secara berasingan.
Tetamu perlu membayar tambahan sebanyak 30,000 Yen (RM1,144) untuk tempoh 90 minit mengendalikan simulator berkenaan, dan ia termasuk dengan penyediaan khidmat tenaga pengajar yang akan mengajar tetamu cara bagaimana mengendalikan pesawat dari Haneda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka.
Hotel itu telah membelanjakan kira-kira 10 juta Yen untuk memasang simulator penerbangan berkenaan.
Sumber: The Independent
Destination:
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video