Kereta Elektrik Tesla Harga RM199K! - Boleh Flex Depan Mentua
GAYA HIDUPFenomena kereta berkuasa elektrik penuh mungkin belum lagi menjadi kebiasaan di negara kita, namun jika kita perasan kereta tersebut mudah untuk dilihat di kawasan-kawasan bandar. Nampak sahaja kereta tersebut di sebelah, mesti kita jeling sikit tengokkan 'design'-nya sebab ia berlainan dari kereta lain.
Tambah-tambah lagi kereta jenama gergasi dari Amerika Syarikat, Tesla yang merupakan syarikat pembuat kereta elektrik penuh yang menjadi sebahagian dari jenama kereta yang terkenal. Siapa je tak idamkan kereta mewah berkuasa tinggi seperti Tesla, kan?
Tengok saja harganya dah rasa terketar untuk bayar ansuran bulan-bulan. Tapi Tesla Malaysia baru sahaja mengumumkan harga model SUV elektrik Model Y bermula dari RM199,000! Lagi murah dari kebanyakan kereta mewah yang lain seperti Lexus atau Volvo.
Tesla Model Y sudah boleh ditempah menerusi laman web khas Tesla yang baharu sahaja dibuka dengan yuran tempahan RM1,000.
Untuk pasaran Malaysia, anda boleh memilih tiga varian yang ditawarkan bergantung kepada konfigurasi enjin dan trenkuasa.
Kereta Bawah RM200K Boleh Capai 347hp!
Untuk pengetahuan korang, Tesla Model Y merupakan kereta terlaris di dunia bagi suku tahun pertama 2023 dan lebih laku berbanding Toyota Corolla.
Dari segi spesifikasinya pula, model asas Model Y yang dipacu menggunakan motor elektrik tunggal ini boleh menghasilkan 347 kuasa kuda dengan 420Nm of torque! Power betul!
0 ke 100km/j cuma mengambil masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimumnya mampu mencapai 217km sejam. Model Y ini dilengkapi dengan bateri 57.5kWh yang boleh pergi sejauh 430km. Sebagai contoh, bateri yang dicaj penuh boleh sampai ke Alor Setar, Kedah jika dari Kuala Lumpur.
'Topup' Sikit Untuk Pemanduan Lebih Jauh dan Power
Untuk varian Model Y AWD Long Range, korang kena tambah lagi RM47,000 yang menjadikan total RM246,000. Anda akan dapat pacuan empat roda ataupun All-Wheel Drive dengan jarak pemanduan yang lebih tinggi yang mampu pergi sejauh 533km sejam. Digandingkan pula dengan bateri berkembar 75kW yang menghasilkan 514 kuasa kuda dengan 493Nm of torque.
Tesla juga menyediakan Model Y Performance buat mereka yang gemarkan prestasi pada kereta elektrik mereka. Pada harga RM288,000, anda akan dapat kereta yang berkuasa 534 kuasa kuda dan 660Nm of torque. Ini menjadikan Model Y Performance lebih laju dengan 0 hingga 100 km/j selama 3.7 saat sahaja. Ini dah level-level supercar ni. Kelajuan maksimum mampu capai sehingga 250km sejam.
Jadi, dalam ketiga-tiga varian Model Y ni, mana satu yang anda nak angkat dan bawa balik rumah? Nanti bila balik kampung boleh-lah impress-kan mentua dan bawa mereka jalan-jalan dengan Tesla Model Y ni.