Isu 21,000 Tempat Duduk Semi Final AFF, KBS Cuba Berbincang Dengan Perbadanan Stadium
GAYA HIDUPSelepas Harimau Malaya layak untuk perhitungan separuh akhir menentang juara bertahan, Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, keterujaan para penyokong sukar dibendung lebih lagi perlawanan itu bakal berlangsung pada cuti hujung minggu.
Namun jualan tiket yang terbatas membantut sebahagian besar semangat penyokong Harimau Malaya. Ia ekoran wujudnya struktur pentas konsert Jay Chou sekaligus menyaksikan sebanyak 21,000 tempat duduk di ‘rumah’ Harimau Malaya terpaksa dikosongkan
Menteri KBS Hannah Yeoh, menjelaskan update terkini tentang isu tersebut.
Kita masih dalam proses perbincangan.. ~ YB @hannahyeoh #BukitJalil#HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/OnaPLV2oZq
— Twt_BukitJalil 🏟 (@twt_bukitjalil) January 5, 2023
Hannah Yeoh menyatakan bahawa KBS sedang berbincang dengan pihak perbadanan stadium mengenai isu 21,000 tempat duduk yang terpaksa ditutup. Berdasarkan kenyataan beliau, para peminat berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera agar Stadium Nasional Bukit Jalil "full house" dengan sokongan padu penyokong Harimau Malaya!