"Memang Ngam Jadi Port Berkelah!" - 5 Lata Air Terjun Di Jeli!
TRAVELJeli sebenarnya memang terkenal dengan keindahan lata dan juga air terjun! Rugi kalau korang tak singgah bawak family berkelah! Ini 5 Lata Air Terjun di Jeli, Kelantan!
1. Lata Kashmir
Antara yang menjadi sebutan adalah Lata Kashmir. Jeram berbatu dengan air yang jernih berlatarbelakangkan empangan, bukit serta lapangan rumput yang menghijau. View dia memang wow! Memang jadi port bagi penggemar fotografi dan juga kaki OOTD.
Fasiliti di sini juga cukup lengkap dan selesa. Tiap kali hujung minggu atau cuti panjang memang penuh dengan pengunjung. Ada yang datang untuk aktiviti berkhemah dan juga berkelah. Aktiviti air seperti water tubing dan water rafting pun ada tau!
2. Air Terjun Mawoo (Air Terjun Dilawale)
Air Terjun Mawoo atau juga dikenali sebagai Air Terjun Dilwalee ni memang terkenal di Jeli. Untuk ke sini, korang boleh trekking tapi kalau nak lebih mudah redah hutan dengan menaiki 4x4. Sebaik sahaja tiba di lokasi, korang mesti terpegun dengan keindahan Air Terjun Dilwale! Kena dengan nama,boleh la korang fefeeling buat video klip hindustan!
3. Lata Janggut
Kita ke lata seterusnya iaitu Lata Janggut. Satu destinasi popular dan mesra keluarga. Pengunjung suka datang ke sini kerana terdapat beberapa kolam mandi yang terbentuk daripada batu-batu di jeram ini yang selamat untuk dijadikan tempat mandi manda. Kalau waktu hujung minggu memang penuh! Fasiliti juga lengkap. Buat pengunjung yang tak pandai berenang, life jacket turut disediakan!
4. Lata Hokkaido
Lata Hokkaido yang terletak tidak jauh dari Lata Janggut ini memiliki keunikan semulajadi tersendiri dengan pemandangan hutan, bukit dan gunung yang menarik. Kawasan ini sangat sesuai untuk beriadah mahupun melakukan aktiviti lasak seperti berkhemah dan mendaki gunung. Kalau korang perhati betul-betul, memang dapat rasa 'vibe' berada di Hokkaido! Di Lata Hokkaido juga sering jadi port perkhemahan!
5. Lata Turbo
Lata Turbo adalah air terjun yang terletak di Kampung Lawar Batu Melintang, Jeli. Laluan ke Lata Turbo adalah jalan sama dengan ke Gunung Reng. Dekat sini yang uniknya ada jambatan besi di bahagian atas air terjun. Keadaan sekitarnya amat menarik dengan keindahan alam semula jadi. Airnya sangat jernih dan sejuk. Memang bersih dan terpelihara.