"Hitam Itu Premium!" - Blackbixon Cafe & Restaurant Tawar Makanan Mewah Dan Unik

FOODIE
July 31, 2023 - 05:12 PM


Kita selalu pergi ke kebanyakan kafe yang menghidangkan makanan lazat serta interior kedai yang mewah, kan? Tapi pernah tak korang masuk ke kafe yang menggunakan warna hitam sebagai tema kedai dan makanan? Blackbixon Cafe & Restaurant tempat makan yang korang kena serbu!

Blackbixon Cafe & Restaurant adalah sebuah kafe dan restoran yang sangat popular di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Dorang terkenal dengan pastri yang sedap dan masakan panas yang menarik.

Antara menu yang best ada di Blackbixon Cafe adalah menu brunch seperti pasta, burger dan lain-lain lagi-lah. Yang tambah menarik, menu mereka semuanya menarik dan sedap sangat. Ada beberapa pastri yang menjadi kegemaran pelanggan di sini serta beberapa menu masakan panas.

Blackbixon Cafe memiliki kawasan makan yang sangat besar dan luas. Dalaman restoran mereka juga sangat menarik dan nampak premium wei! Mereka menggunakan konsep hitam dan light grey serta ada juga konsep minimalis. Bukan interior mereka sahaja yang menarik tapi plating mereka juga sangat berkualiti. Sesuai untuk korang yang suka tangkap gambar makanan dan rasa vibe aesthetic.

Pasta Dan Burger Pun Warna Hitam?

Bukan interior mereka saja berwarna gelap bahkan kebanyakan makanan di Blackbixon Cafe & Restaurant juga berwarna hitam, bermula dari pasta, pastri dan juga burger. Semuanya berwarna hitam!

1. Black Truffle Squid Ink Carbonara 

Ini merupakan menu best seller di Blackbixon Cafe serta ramai yang beri feedback yang mengatakan pasta ni sangat sedap dan unik kerana pastanya berwarna hitam. Bayangkan betapa creamy-nya pasta ini dimakan bersama beef bacon yang memang ngam!

Harga sepinggan Black Truffle Squid Ink Carbonara ini RM33.

2. Lamb Burger 

Semua burger Blackbixon Cafe berwarna hitam dan ini salah satu menu burger yang mereka hidangkan iaitu lamb burger. Patty-nya cukup lembut, diperasakan dengan sempurna dan sangat sedap dipadankan bersama kentang goreng sebagai sides-nya. 

Harga sebiji Lamb Burger ini RM31.

3. Salted Egg Croissant 

Blackbixon menyediakan pelbagai jenis pastri dan Salted Egg Croissant ini antara kegemaran pelanggan di sini. Bila potong aje croissant ni, sos salted egg melimpah keluar. Memang umphh!

Ditaburi pula dengan emping kelapa di atasnya yang beri lebih rasa crunchy dan berlemak.

Harga untuk Salted Egg Croissant ini RM13.

4. Matcha Cruffin

Sesiapa peminat matcha atau green tea boleh-lah makan cruffin ni. Ia sebenarnya croissant tapi dibentukkan seperti muffin. Filling matcha-nya memang banyak dan sedap. Memang tak rugi korang try. Tak cukup seorang sebijik makan weh!

Harga sebiji Matcha Cruffin ini RM13.

5. Monochrome

Dah nama pun makanan serba hitam kan, air pun mestilah warna hitam juga. Rasanya seperti salted caramel latte dan ditambah sedikit charcoal powder. Dengan sedikit rasa vanilla dalam air Monochrome menambahkan lagi rasa refreshing!

Segelas Monochrome ini RM18. Serius, memang tak rugi mencuba.

Menarik-kan semua yang ada kat Blackbixon Cafe & Restaurant ni. Korang kena try sini sekali dan min yakin akan datang berkali-kali selepas ni. 

Blackbixon Cafe & Restaurant

Alamat : 17 Jalan Inai, Off Jln Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi : 8 pagi - 10 malam (Setiap hari)

 

Destination: