Kafe Unik Balbuk Haus Dengan Perpustakaan Mini Tengah Sawah Padi Di Perlis!
FOODIESebut saja negeri Indera Kayangan mesti anda terbayangkan suasananya yang sangat cantik dihiasi dengan kawasan bukit dan sawah padi yang menghijau. Biarpun tidak semaju bandar-bandar lain, kebanyakan dari kita suka ke Perlis untuk menikmati suasana begitu.
Suasana pagi yang cukup mendamaikan dan trafik tak sibuk serta tak perlu sakit kepala nak hadap kesesakan. Memang rasa nak terus menetap di Perlis. Kafe-kafe di Perlis juga tidak kurang hebatnya seperti di bandar, bahkan ada yang lagi 'cun' nak dibandingkan dengan yang lain.
Dapat terfikir tak sebuah kafe di tengah-tengah bendang berlatar belakangkan Bukit Chuping? Kalau kita bayangkan pun, pemandangannya cukup memukau. Itulah Balbuk Haus, terletak di Kangar, Perlis yang telah menarik hati ramai pelanggan.
View-Nya 200% Cantik!
Balbuk Haus ini memang gila! Sesiapa saja yang singgah di kedai kopi-nya akan ternganga kagum dengan view dan suasana sekeliling di sini.
Suasana nyaman dan tenang dapat dinikmati sebaik sahaja melangkah masuk ke Balbuk Haus yang dikelilingi sawah padi menghijau dengan berlatar belakang Bukit Chuping, kafe berkonsepkan kesenian, alam dan budaya itu memberikan 1,001 pengalaman menarik kepada pelanggan.
Pengusaha Balbuk Haus menyediakan perpustakaan mini untuk pelanggan meluangkan masa dengan membaca. Perpustakaan mini yang menyimpan pelbagai koleksi sastera Melayu, Indonesia, Inggeris, bahan bacaan berbentuk keagamaan, pengetahuan am, geografi dan pelbagai lagi bahan bacaan lain.
Bayangkan anda membaca di kawasan yang cantik ini, memang sangat-sangat tenang dan tak terjangkau ideanya. Memang jadi OOTD-lah di Instagram!
Nasi Lalap Kegemaran Ramai
Balbuk Haus menyediakan menu istimewa seperti nasi lalap, mee lalap, pisang talemmek dan pisang salai. Nasi lalap ni konsepnya sama saja macam nasi ayam penyet tapi teknik memasak dan cara gorengannya berbeza. Ayam berempahnya penuh dengan rasa, sangat lembut memang sangat sesuai dipadankan dengan sambal yang pedas dan sedikit masam.
Mee lalap antara menu wajib bagi pelanggan Balbuk Haus yang dikatakan sangat berbaloi dengan harga. Cendawan digoreng sekali dengan mee dan dihidangkan bersama ayam goreng berempah. Tak perlu cakap banyak, membacanya pun sudah terliur terbayangkan kesedapannya.
Untuk snek pula, pisang talemmek mungkin tak biasa kita dengar tapi cuba dahulu, mesti takkan menyesal. Ia merupakan makanan Bugis yang disalai dan ditaburi kacang tanah di atasnya. Dengan gabungan rasa manis dan berlemak daripada pisang tersebut sangat membangkitkan selera korang.
Bagi korang yang inginkan makanan lebih simple, boleh pesan pisang salai dan sangat sesuai dimakan ketika berbual bersama rakan-rakan dan keluarga.
Balbuk Haus hanya menyediakan tiga jenis air sahaja iaitu Balbuk Coffee, Jasmine Tea dan Clitoria Tea; ketiga-tiga air tersebut sangat digemari pelanggan yang datang. Clitoria tea adalah teh bunga telang berikan korang rasa yang unik dan susah untuk dapat di tempat lain.
Sambil merasai hidangan, pengunjung boleh menikmati keindahan alam sekitar dalam suasana kampung di ruang makan yang disediakan seperti bilik kaca. Menariknya, sambil makan dan membaca, korang boleh menikmati keindahan di kawasan sekeliling yang cukup lengkap dengan pakej-lah orang kata!
Pelanggan juga boleh makan atau berkelah di sawah padi, memang syok habis wei! Alang-alang baru balik dari Padang Besar tu, bolehlah datang ke Balbuk Haus dulu. Min jamin korang akan repeat untuk datang ke sini lagi!