"Orang Kedah Memang Gurau Lagu Ni!" - Aksi Sanusi "Bergurau" Dengan Seorang Wanita Jadi Bualan
TERKININama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor sekali lagi menjadi bualan lebih-lebih lagi di kalangan pengguna media sosial apabila viral video aksi spontannya bersama rakyat Kedah.
Sanusi sememangnya terkenal dengan sifat mesra rakyatnya namun yang menjadi bualan netizen adalah dalam video tersebut dia "bergurau" dengan mengetuk kepala seorang wanita dengan menggunakan kertas.
Hangpa tak nak Melayu Islam lain. Hangpa nak yang rupa macam ni jugak. Sekarang hangpa hadap je la. pic.twitter.com/XBGDXvBqGa
— 𝕬𝖟𝖒𝖆𝖜𝖎 𝕬𝖟𝖎𝖟𝖆𝖓 🇲🇾 (@AzmawiAzizan) August 20, 2023
Seperti biasa, video tersebut mendapat pelbagai reaksi. Ada sesetengah yang kagum bertapa mesranya Sanusi namun ada juga yang berpendapat tindakannya itu agak keterlaluan lebih-lebih lagi terhadap seorang wanita.
Bagaimanapun, video yang berdurasi selama 17 saat itu tidak dapat memberikan konteks penuh apakah topik perbualan antara mereka dan siapa wanita tersebut, netizen pantas memberikan pendapat dan mengkritik tindakan Sanusi