Influencer Keluar Kenyataan Seksis Terhadap YB Syefura, Laporan Polis Telah Dibuat

TERKINI
July 17, 2023 - 05:43 PM


Bahang PRN sudah mula dirasai. Ketika kedua-dua pihak baik kerajaan dan pembangkang sedang hangat berkempen, satu video yang viral di Tiktok menarik perhatian orang ramai. Video yang dimuatnaik oleh content creator @faiz.aizif menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

@faiz.aizif #stitch with @FaizalSalleh ♬ original sound - Faiz.Aizif

Berdasarkan video, Faiz yang berasal dari Kedah membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Young Syefura dan mempertahankan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi. Dia setererusnya mengkritik cara pemakaian YB Syefura dengan mengeluarkan beberapa kenyataan yang berunsur seksis.

Tidak menunggu lama, satu laporan polis telah pun dibuat berdasarkan kenyataan dari wakil YB Syefura. Mereka tidak akan berkompromi dan tindakan undang-undang bakal menyusul. Susulan dari itu Faiz baru sahaja memuatnaik satu video mempertahankan dirinya.

@faiz.aizif JADILAH ORANG YANG BERANI BERSUARA SUPAYA KITA TAK TUNDUK KEPADA MANA-MANA MANUSIA, MELAINKAN PENCIPTA KITA 😇❤️ #fyp #faiztorpedo #faizaizif #beletiaq #viral #tiktok #kedah #ceoanjing #faizkongsirezeki #tokbabahfaiz ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline

Faiz tetap dengan pendiriannya, dia berasa berhak untuk menegur YB Young Syefura. Fuh, makin menarik ya cerita ni. Kita nantikan kesudahannya. Mana lah tahu ada video nangis mintak maaf...

Destination: