"Umur 11 Tahun Dah Merempit, Bendang Pun Diredahnya" - Operasi Samseng Jalanan Tahan 90 Individu
TERKINIHari Raya sepatutnya meriah dengan suasana saling bermaafan, ziarah menziarahi bukan berkumpul ramai-ramai buat onar sehingga ganggu ketenteraman awam. Sekumpulan remaja cuba sekumpulan remaja melarikan diri daripada polis dengan meredah sawah berlumpur gagal apabila mereka dicekup dalam operasi samseng jalanan di Kampung Charuk Kudung, di sini pada petang semalam.
Dalam operasi bermula pukul 6.30 petang itu, seramai 90 individu berusia antara 11 hingga 22 tahun dengan melibatkan 62 motosikal ditahan.
OP Samseng Jalanan
— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 28, 2023
🇲🇾✍🏾🤳🏼................................
PENDANG - Berikutan aduan penduduk mengenai kehadiran sekumpulan m/sikal yang membuat bising dengan bunyi enjin yang kuat dan mengganggu ketenteraman awam, pada 26/4/2023 jam lebih kurang 1830 Hrs satu Ops Samseng Jalanan… pic.twitter.com/PA63Uxn922
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, operasi dilakukan susulan aduan penduduk kampung tentang kehadiran sekumpulan remaja membuat bising dengan bunyi enjin kuat pada setiap petang.
“Selain itu kumpulan remaja terbabit turut menjadikan jalan mini tar di hujung kampung sebagai tempat merempit sehingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan keselamatan penduduk,” katanya di sini hari ini.
Menurut Arriz, sebanyak 102 saman dikeluarkan kepada pemilik dan penunggang yang ditahan atas pelbagai kesalahan.
“Antara kesalahan dilakukan adalah tidak mempunyai lesen, mengubah suai ekzos motosikal, nombor plat tidak mematuhi spesifikasi selain tiada insurans dan cermin sisi,” ujarnya.
Tambahnya, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE