"Cara Sebenar Layan Pelanggan!" - Netizen Puji Reaksi Peniaga Terima Aduan Pelanggan Dalam Live
TERKINISejak kebelakangan ni, banyak betul klip video viral tentang layanan peniaga yang biadap terhadap pelanggan. Biarpun makanan yang dijual sedap, namun pelanggan tetap memerhati budi bicara peniaga terhadap mereka.
Baru-baru ini viral di platform TikTok, satu video yang dimuatnaik oleh @dwarungkakatie yang menarik perhatian netizen. Respon spontan beliau ketika satu sesi live terhadap satu aduan dari pelanggan raih pujian netizen.
@dwarungkakatie Tengah tengah live dapat komplen 😱 #complain #feedbacks #tiktoklive ♬ original sound - Warung Kak Atie Official 🌈🌴
Berdasarkan video, pelanggan tersebut membuat aduan tentang satu hidangan yang diterimanya agak masin dan pedas. Sebaik mendengar aduan tersebut, Kak Atie tidak melenting bahkan tenang memberi respon dengan sopan dan menjelaskan beberapa sebab mengapa hidangan itu masin.
Mengakui kesalahan dari kedainya, Kak Atie tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap hidangan tersebut. Reaksi pelanggan yang pada mulanya kecewa, terubat kerana reaksi begitu baik dari Kak Atie.