"Tengok Barbie Sambil Mabuk" - Orang Ramai Berang Wanita Buat Hal Dalam Panggung
TERKINIAda sebab mengapa makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam panggung wayang. Satu video viral memaparkan situasi yang menjadikan peraturan tersebut wajar dipatuhi.
Seorang wanita bertindak luar kawalan apabila didakwa melemparkan minuman beralkohol kepada seorang penonton lain setelah diminta senyap di dalam panggung wayang.
Video yang dimuat naik oleh @eclent di akaun TikToknya, difahamkan kejadian berlaku di sebuah panggung wayang terletak di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya.
@eclent This two sitted (A1-A2) were drinking and chit chatting throughout the movie (Barbie) at TGV cinemas at Sunway Pyramid (10.15pm, Beanie). Not only they were rude, the girl decided to throw her drink (with alcohol) at other movie goers (who ask her to keep quiet). Damn girl be so drunk thought she's at home. Hope @TGV Cinemas look into it. #fyp #viraltiktok #malaysia #malaysiatiktok #tgvcinemas #sunwaypyramid #foryoupage ♬ original sound - Richie
Menurutnya, pasangan tersebut berbual sepanjang tayangan filem Barbie sambil didakwa minum minuman beralkohol.
“Bukan sahaja mereka kurang ajar, wanita itu memutuskan untuk membuang minumannya beralkohol kepada penonton wayang lain yang memintanya diam,” jelasnya dalam kapsyen. Lebih memburukkan keadaan apabila wanita itu turut menyebut dan menunjukkan isyarat lucah kepada penonton lain sebelum bergerak keluar dari panggung wayang.
Difahamkan juga, penonton wanita yang dilemparkan minuman beralkohol telah membuat laporan kepada pihak pengurusan panggung wayang namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan terkini.
“Saya adalah wanita yang dia lemparkan minuman beralkoholnya. Saya melaporkan serta-merta semalam tetapi mereka hanya memberi saya jawapan ini sahaja
“Televisyen litar tertutup di dalam panggung itu sepatutnya menjadi bukti. Terima kasih sebab dedahkan perkara ini. Harap mereka ambil tindakan secepat mungkin,” komen Tammy.
Sehingga kini, video tersebut mendapat 1.5 juta tontonan, 47,800 tanda suka dan 6,483 perkongsian.