"Tebal Kulit Muda Dia Ya!' - View Chin & Mira Buat 'Comeback' Jadi Bualan Orang Ramai

TERKINI
July 11, 2023 - 05:17 PM


Setelah sekian lama mendiam kan diri, personaliti media sosial sensasi View Chin dan Mira kembali menjadi bulan netizen selepas kembali tampil untuk satu sesi live bersama baru-baru ini.

Hampir tiga bulan ‘berpisah’ dan mendiamkan diri, Mira atau nama penuhnya Amira Aqilah memaklumkan bahawa dirinya dan View Chin kini kembali..

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Mira menerusi satu pengumuman yang dimuat naik di akaun Instagram peribadi miliknya beberapa hari lalu.

Memuat naik video ‘teaser’, pasangan itu bergandingan bersama dalam satu siaran langsung sempena jualan 7.7 yang diadakan secara atas talian.

Bersama kapsyen “We are back (kami sudah kembali)”, hantaran Mira itu telah mengundang perasaan tidak senang di kalangan penonton. Rata-rata netizen menyatakan rasa kurang senang mereka dengan keputusan Mira setelah berlakunya kemelut rumahtangga View Chin. 

 

Destination: