Skandal Influencer : View Chin Dan Mira, Rancang Nak Kahwin Dan Peluk Islam?

TERKINI
April 20, 2023 - 05:47 PM


Pendedahan mengenai hubungan itu dibuat oleh isteri View Chin sendiri mendakwa Mira telah mengkhianatinya. View Chin berkata, Mira terpaksa menyembunyikan diri buat sementara waktu kerana masih trauma dengan kontroversi yang melanda dirinya. Menurut View Chin lagi, Mira dan ahli keluarga tak mahu pulang beraya dan ada di antara keluarga wanita berusia 26 tahun itu jatuh sakit.

View Chin Dakwa Sedang Dekatkan Diri Dengan Islam, Sedia Nikahi Mira [Video]

Mira bukan sekadar pekerja di syarikatnya sebaliknya influencer itu banyak mengetahui peribadinya termasuklah dalam hal membabitkan perniagaan seperti seorang teman rapat.

Usahawan dan influencer TikTok, View Chin mendakwa sudah bersedia untuk memeluk Islam dan bakal mengahwini pekerjanya, Amirah Aqilah atau lebih terkenal dengan panggilan Mira.

Dia dalam satu temu bual ekslusif bersama Kosmo berkata, dirinya ketika ini sedang dalam proses mendekatkan diri dengan agama Islam. 

Selain itu dia juga sudah dalam perancangan untuk menikahi Mira yang juga influencer terkenal di TikTok dalam masa terdekat.

Mengakui trauma dengan isu membabitkan rumah tangganya selepas bekas isteri, Shermine Ah Moi memuat naik tangkap layar perbualan di antara dia dan Mira, View Chin bagaimanapun berjanji akan mengahwini Mira sebaik isu tersebut reda.

“Buat masa ini saya ingin uruskan masalah saya dengan Ah Moi (bekas isteri) dan apabila perkara ini sudah setel (selesai) dan kembali se­perti sedia kala, saya akan me­ngahwini Mira.

“Ketika ini juga saya mula belajar tentang Islam dan mendekatkan diri dengan agama Islam. Saya tahu perbuatan saya selama ini dengan Mira adalah salah dan kami akan cuba memperbetulkan semua perkara itu.

“Ya, memang saya mengaku bercuti berdua bersama Mira di Bali sebelum ini. Ketika itu saya sangat stres dan Mira bimbang tentang keselamatan saya, sebab itu dia menemani saya ketika itu,” katanya dipetik dari Kosmo.

Sudah lama mahu kahwini Mira, dakwa isteri curang sejak 2020

Tambah usahawan itu lagi, dia sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menjadikan Mira sebagai isteri sebaik menge­tahui kecurangan Ah Moi pada tahun 2020.

Malah dia mendakwa, Mira bukan sekadar pekerja di syarikatnya sebaliknya influencer itu banyak mengetahui peribadinya termasuklah dalam hal membabitkan perniagaan seperti seorang teman rapat.

Malah dia menyifatkan Mira sebagai tempat meluahkan perasaan selain gadis itu memahami apa yang berlaku di dalam rumah tangganya.

“Mira tahu semua, tentang kecurangan Ah Moi, tentang Ah Moi pernah ugut saya. Sebab itu saya pilih Mira, bukan sebab paras rupa atau wang, yang penting dia boleh menerima anak-anak saya.

“Dia antara staf dan teman paling rapat, sangat baik, prihatin dan sentiasa memahami perasaan saya. Saya selesa meluahkan segalanya kepada Mira,” luahnya. [Sumber]

Menerusi semakan kami di Facebook View Chin, dia secara terbuka juga sudah mengakui sudah berpisah sejak tahun lalu.

Terdahulu kisah cinta tiga segi View Chin, Ah Moi dan Mira hangat diperkatakan di media sosial selepas tular perbualan WhatsApp usahawan itu bersama gadis berkenaan.

Malah turut tular foto memperlihatkan seorang gadis dipercayai Mira mencium pipi View Chin. Dia kemudiannya membuat permohonan maaf dan meminta orang ramai agar memberikannya ruang untuk memberikan penjelasan.