"Wow, Sunat Laser Ke Tu?" - Netizen Syak View Chin Dah Masuk Islam Lepas Bagi 'Assalamualaikum' Di FB

TERKINI
October 06, 2023 - 06:07 PM


Usahawan yang juga selebriti media sosial, View Chin kembali mencuri perhatian setelah membuat perkongsian di laman Facebook miliknya, baru-baru ini.

Memuat naik status memberi salam, hantaran yag dikongsi View Chin itu telah menimbulkan persoalan dan perbincangan hangat di kalangan pengguna Facebook.

Hal ini kerana, hantaran tersebut seakan-akan memberi bayangan bahawa bapa yang mempunyai tiga orang cahaya mata itu sudah memeluk agama Islam.

“Assalamualaikum semua,” tulis ahli perniagaan berkenaan dengan ringkas di ruangan kapsyen hantaran yang di muat naik di akaun media sosial Facebook miliknya itu.

Mengundang perbincangan hangat, hantaran tersebut turut mencetus tanda tanya sekiranya lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga dengan bekas pekerjanya, Mira.

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata pengikut memberikan sokongan moral jika ahli perniagaan tersebut benar-benar telah memeluk agama Islam.

Ramai juga pengguna media sosial meninggalkan komen mencuit hati dengan bertanyakan soalan sekiranya View Chin sudah menjalani proses berkhatan.

View Chin sebelum ini mula dikenali ramai setelah terpalit dengan kontroversi apabila dituduh berlaku curang dengan gadis Melayu iaitu Mira, pekerjanya sendiri.

Skandal menggemparkan itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Shermine Ah Moi yang dikongsikan di Facebook bersama beberapa bukti termasuk perbualan Whatsapp.

Berlaku curang dengan bertemu janji di tangga pejabat, Mira dan View Chin juga didakwa pernah bercuti bersama di luar negara iaitu di Bali, Indonesia.

Susulan pendedahan tersebut, lelaki berbangsa Cina itu mengaku sedang mempelajari agama Islam dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama Mira.

Malah, Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah Firdaus juga menyatakan bahawa dirinya bersedia untuk menjaga anak-anak View Chin sekiranya mereka berkahwin kelak.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: