"Giliran Imran Bard Pula Mendonia" - Video Viral ‘Gwenchana’ Popular Di Korea, Siap Masuk TikTok Everland
TERKINIVideo ‘Gwenchana’ Imran Bard itu dimuat naik di laman TikTok Taman Tema Everland di Korea berlatarkan belakangkan persekitaran permainan roller coaster.
Kepada korang yang setiap hari scroll media sosial, mesti akan kenal dengan seorang influencer bernama Imran Bard.
Influencer ini telah mencetuskan fenomena seluruh Malaysia apabila mula menggunakan perkataan ‘ghisau’ dan turut diiikuti oleh seluruh masyarakat sehingga ke hari ini.
Kalau korang tengok video-videonya di laman TikTok atau YouTube, memang confirm terbahak melihat telatahnya walaupun hanya sekadar aksi spontan.
Video ‘Gwenchana’ Imran Bard Raih Lebih 50 Juta Tontonan Di TikTok
Antara video Imran Bard yang menjadi perhatian ramai adalah konten menggunakan bahasa Korea iaitu ‘Gwenchana’ yang bermaksud tidak mengapa.
Dalam video berkenaan, perkataan ‘Gwenchana’ itu disebut dengan menunjukkan perubahan emosi yang semakin sedih.
Lebih mengejutkan lagi, video yang dimuat naik di laman TikTok (@imeringue2) itu mendapat 51.5 juta tontonan!
@imeringue2 ♬ Melody of Memories - Duta Arranger Korea
Taman Tema Everland Di Korea Selatan Pun Guna Video ‘Gwenchana’ Imran Bard
Video ‘Gwenchana’ itu juga telah tular sehingga ke negara Korea Selatan dan mendapat perhatian pihak Taman Tema Everland di Korea Selatan.
Siapa sangka video berdurasi 29 saat itu dimasukkan ke dalam akaun TikTok rasmi taman tema tersebut (@everland_official) dengan berlatar belakangkan suasana persekitaran permainan roller coaster di lokasi tersebut.
Video tersebut juga telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
@everland_official 티익스 못타는 친구 태그 ㄱㄱ #괜찮아 #괜찮아요 #에버랜드 #티익스프레스 #놀이기구 #추천 #everland #attraction #rollercoaster #fyp #trend #viral #Meme #CapCut ♬ original sound - ONNIE
Rakyat Malaysia Tak Sangka Wajah Imran Bard Masuk TikTok Rasmi Taman Tema Everland Di Korea
Ruangan komen video yang dimuat naik oleh team media sosial Taman Tema Everland di TikTok itu dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia.
Rata-ratanya kagum dengan video Imran Bard itu yang telah merentasi sehingga ke negara Korea sendiri.
Siap ada yang komen suruh team rancangan realiti televisyen terkenal iaitu Running Man menjemput Imran Bard sebagai tetamu mereka. Wah!
Pada masa yang sama, sesetengah netizen pula mengganggap Imran boleh dilantik sebagai team pemasaran bagi taman tema berkenaan di Korea.
Mana tahu, mungkin ada rezeki suatu hari nanti kan?
Profil Imran Bard
Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin dilahirkan pada tanggal 18 Oktober 2001 dan kini berusia 22 tahun.
Influencer ini yang merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik mula aktif di TikTok sejak Julai 2021 sebelum menjadi popular sehingga meraih pelbagai tawaran.
Imran Bard yang berketinggian sekitar 180 meter pernah menjadi salah seorang model yang memperagakan koleksi pakaian dari pereka fesyen terkenal iaitu Hatta Dolmat.
Bukan itu sahaja, Imran Bard juga tersenarai dalam kategori Digital Influencer Tergempak dalam majlis Gempak Most Wanted Awards 2022.
Sumber: The Rakyat Post