"Melampau!" - Individu Tayang Gambar 'Oppa' Depan Kaabah Siap Caption 'You're My Paradise'

TERKINI
October 26, 2022 - 01:38 PM


Sebagai umat Islam jika kita 'dijemput' Allah SWT untuk menunaikan ibadah di Mekah, kita seharusnya bertekad untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Jika sebelum ini kita selalu berbuat dosa, dengan menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah peluang yang diberi Tuhan untuk kita menginsafi dan memohon keampunanNya di depan Kaabah.

Namun berlainan pula yang berlaku kepada seorang individu di TikTok ini apabila bertindak membawa sekeping gambar atau ‘photocard‘ idol K-Pop iaitu Suga yang merupakan ahli kumpulan lelaki terkenal Korea Selatan, BTS, di hadapan Kaabah.

Malah, tindakan wanita itu yang memuat naik video dengan caption yang muncul di dalamnya adalah berbunyi "Cause You're The Reason I Believe In Fate You're My Paradise".

@naaxminsgv 🤍🤍#yoongi #suga ♬ original sound - 𓆩♡𓆪

Gambar tangkap layar dari akaun TikTok yang dimuat naik di Twitter itu mendapat pelbagai respon warganet yang rata-rata tidak gemar dengan tindakan peminat K-Pop itu membawa gambar idol kegemarannya ke Tanah Suci.

Ini kerana ramai yang menyifatkan bahawa tindakan itu agak keterlaluan dan melampaui batas. Malah ada juga yang mengatakan individu berkenaan tidak menghormati kesucian Kaabah.

Meskipun video itu telah dimuatnaik sejak 4 hari lepas dan menerima ribuan kecaman di bahagian komen, namun pemilik video TikTok berkenaan masih lagi dilihat belum memadam atau menurunkan video tersebut.

 

Destination: