"Apa Yang Jadi Di Itaewon?" - Berikut Kronologi Tragedi Halloween Paling Berdarah Buat Seoul

TERKINI
October 31, 2022 - 12:55 PM


Korea Selatan mengisytiharkan Waktu Berkabung Kebangsaan susulan 151 disahkan terbunuh dalam Parti Halloween di Itaewon, Seoul bermula Ahad (30 Oktober 2022) dan bendera dikibarkan separuh tiang.

Ini merupakan antara Tragedi paling berdarah selepas tragedi Feri Sewol pada 2014 yg membunuh 304 orang yang kebanyakannya pelajar sekolah tinggi.

Angka kematian akibat kejadian rempuhan ketika sambutan Halloween di Itaewon, Seoul meningkat kepada 154 termasuk 26 warga asing, lapor Agensi Berita Yonhap.

Seramai 116 yang lain mengalami cedera ringan manakala hampir semua mangsa yang maut telah dikenal pasti.

Warga asing yang terbunuh mencecah 26 termasuk lima dari Iran, masing-masing empat dari China dan Rusia, dua dari Amerika Syarikat, dua dari Jepun dan masing-masing seorang dari Perancis, Australia, Norway, Austria, Vietnam, Thailand, Kazakhstan, Uzbekistan dan Sri Lanka.

Insiden itu berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah Itaewon, Seoul.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kemalangan itu.

Tapi bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang insiden yang menggemparkan dunia itu, jom kita ikuti penjelasan yang dibuat oleh @thepatriotsasia dalam hantarannya di laman Twitter.

"Apa Yang Jadi Di Itaewon?"

1) Apa yang berlaku?

Apa yang berlaku di Itaewon memang menyayatkan hati. Tengok mayat bergelimpangan begitu banyak, tersusun bertutup dalam bungkusan hitam. Tragedi ni menggemparkan sebab inilah kematian beramai sejak runtuhnya Pusat Beli Belah Sampoong pada tahun 1995.

2) Macam mana benda ni terjadi sebenarnya?

Okay, nak faham kena tahu dulu pasal daerah Itaewon. Tempat kejadian ni memang selalu orang berkumpul. Dijangka seramai 100,000 orang berkumpul pada malam kejadian ni. Kumpul sebab apa? Halloween.

3) Berapa jumlah kehadiran peserta?

100,000 adalah jumlah sangat ramai. Salah seorang peserta berkata jumlah hadirin ni 10 kali ganda lagi tinggi. Tak macam selalu. Mana tak tinggi jumlahnya. Sebab ni lah julung kalinya orang boleh turun beramai-ramai tanpa mengenakan pelitup muka.

Jadi sambutan Halloween kena pula dengan kelesuan pandemik (pandemic lethargy). Memang penuhlah jawabnya.

4) Bagaimana tragedi bermula?

Tiba pukul 10:15 malam, perhimpunan bertukar kecoh (dan kemudian berdarah). Tak pasti apa punca. Ada yang cakap tersebar khabar angin seorang selebriti kunjungi sebuah bar. Jadi orang ramai pakat menyerbu. Ada juga khabar angin mengatakan gula-gula mereka makan ada dadah.

5) Di mana lokasi sebenar punca kekecohan berlaku?

Terlalu banyak maklumat dikatakan asbab, faktor dan punca. Tapi yang pasti satu jer: kekecohan berlaku di sebuah jalan yang menurun. Orang dari atas ‘jatuh’ menimpa orang di bawah sepanjang jalan 45 meter ni.

Dah macam domino. Tumbang-menumbang. Langgar-berlanggar. Akhirnya 150+ orang meninggal dunia (tak sahih lagi). Dalam gambar ni korang nampak kaki seorang remaja yang bengkak kena pijak. Dia selamat.

6) Ribuan lagi mangsa masih hilang?

Ribuan pula yang hilang. Hilang ni subjektif. Ada tercicir telefon bimbit dan tak dapat menghubungi keluarga yang dah risau gila-gila. Ada yang tiada di lokasi kejadian tapi belum memberitahu sesiapa mereka okay.

Namun menurut laporan media, pihak berkuasa metropolitan Seoul menerima 355 laporan individu hilang dipercayai menjadi mangsa tragedi rempuhan ketika festival Halloween di Itaewon, Sabtu malam.

7) Polis tak berkawal ke?

Lagi satu sebab takda crowd control. Nampak tweet kata last time before covid crowd was bigger tapi ada polis jaga so it was ok. This time president diorang bodo taknak duduk blue house need 700 polices just to escort him, seoul mayor pula tengah bercuti kat london.

Sumber: @thepatriotsasia

Destination: