[VIDEO] Macam 'Final Destination' - Buaian Berputar Terhempas Di Fun Fair, 10 Cedera Parah

TERKINI
September 05, 2022 - 11:36 AM


Keseronokan pengunjung di sebuah taman hiburan di Mohali, India bertukar tragedi ngeri apabila salah satu permainan yang ada di situ iaitu "Spinning Swing" tiba-tiba jatuh menghempas tanah dan lebih 16 orang dilaporkan cedera teruk serta dikejarkan ke hospital.

Menurut siasatan pihak polis, terdapat kerosakan teknikal pada buaian berputar itu hingga menyebabkan ianya terjatuh dari ketinggian kira-kira 50 kaki.

Akibat daripada hempasan itu, 10 individu dilaporkan mengalami cedera parah yang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak.

5 daripada mereka dikejarkan ke hospital kerajaan manakala 5 lagi ke hospital swasta berdekatan.

Menurut maklumat yang diterima, ketika kejadian buaian berputar itu dinaiki kira-kira 30 orang pengunjung dan taman hiburan berkenaan juga dilaporkan sesak memandangkan cuti hari Ahad di mana orang ramai mengambil kesempatan membawa keluarga masing-masing untuk beriadah ke situ.

Dilaporkan bahawa pengendali buaian berputar itu telah melarikan diri dari tempat kejadian.

Kes tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa dan sesiapa yang didapati bersalah tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

Sumber: India.com

Destination: