[VIDEO] 'Sian Member Tu, Tergolek-Golek Dia Nak Bangun' : Badak Sumbu Accident Dengan Trak

TERKINI
October 12, 2022 - 03:14 PM


Seekor badak sumbu dirakam menerpa ke arah sebuah lori yang sedang memecut laju di sebatang jalan di India, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ketika kejadian, haiwan itu kelihatan cuba melintas jalan dengan berlari ke arah lori tersebut ketika pemandunya berusaha untuk mengelak pelanggaran.

Ia tiba-tiba meluru ke jalan raya sebelum kepalanya berlanggar dengan lori dan badannya berpusing ke kanan. 

Selepas berhenti bergerak seketika, ia cuba berdiri dan berlari masuk ke hutan. 

Badak sumbu itu pada awalnya didapati tidak mengalami kecederaan tetapi kemudian dilihat bergelut untuk berdiri.

Tahap kecederaan badak sumbu itu tidak didedahkan tetapi renjer hutan di Taman Negara Kaziranga di negeri Assam sedang berusaha mencarinya.

Polis dikatakan telah menahan kenderaan itu selepas kejadian tersebut sebelum menyaman pemandunya.

VIDEO PENUH

Destination: