[VIDEO] "Berniaga Ke Sedekah Ni?" - Unik Pakcik Ni Jual 25 Jenis Lauk Dalam Bonet Kereta, Menu Rahmah Harga RM5 Je!

TERKINI
August 04, 2023 - 05:36 PM


Zaman sekarang bukan mudah nak cari makanan yang murah, apatah lagi di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Itulah antara rungutan pelanggan tentang kenaikan harga makanan -- sekali gus menyebabkan mereka takut untuk menjamu selera di kedai dan restoran.

Namun, seorang peniaga warga emas menerima pujian ramai apabila dia masih menawarkan menjual nasi campur dengan Harga Rahmah cuma RM5.

Dikenali sebagai Lejen Nasi Bonet -- peniaga itu turut mencuri perhatian ramai kerana keunikannya berniaga menggunakan sebuah kereta.

Menerusi video tular di TikTok -- kelihatan bahagian tempat duduk serta but kereta peniaga itu dipenuhi dengan bekas-bekas yang berisi aneka lauk.

Terdapat pelbagai sajian lauk Melayu seperti ayam masak merah, ayam goreng berempah, ikan goreng, ikan tenggiri masak sambal, sayur-sayuran, gulai kuning, dan banyak lagi yang dimakan bersama nasi putih

"PAKCIK NI BUKAN BERNIAGA, TAPI DAH MACAM BERSEDEKAH"

@fitrixfauzi 25 jenis lauk, jualan dengan harga rahmah RM5. Semoga Allah memberkati Wak, dikurniakan kesihatan yg baik kepada Wak aamiin. 📍 Wisma Consplant 1, Subang Jaya ⏰ 11.30pg - 1.30tgh (Isnin - Khamis) #nasicampur #nasibonet #waknasicampur #wismaconsplant #subangjaya ♬ original sound - Fitri Fauzi

"25 jenis lauk, jualan dengan harga Rahmah RM5. Semoga Allah memberkati Wak, dikurniakan kesihatan yang baik kepada Wak," tulis Fitri Fauzi yang berkongsi video itu di aplikasi TikTok.

Tambahnya, peniaga yang bertapak di Wisma Consplant 1, Subang Jaya, Selangor itu memulakan operasinya pada jam 11.30 pagi, setiap Isnin hingga Khamis.

Video itu turut memaparkan ramai pelanggan yang sedang beratur dan menanti giliran untuk mengambil nasi serta menceduk lauk yang menjadi pilihan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut memuji kecekalan peniaga berkopiah itu yang mash berniaga meskipun sudah lanjut usia.

"Pakcik ni bukan berniaga tapi pakcik ni sedekah. Saya peniaga yang muda macam pakcik tak mampu buat macam pakcik buat.

"Ya Allah murahnya, barang semua mahal, pakcik buat sedekah ni. Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik.

"Murah sangat tu pakcik. Tapi nampak sedap.

Semoga murah rezeki buat pakcik," tulis beberapa pelayar TikTok.

Netizen turut memberi pesan kepada mana-mana individu yang membeli makanan dengan peniaga itu agar mengambil lauk secara berpada-pada, sesuai dengan harganya.

"Semoga sesiapa yang beli kat sini, bayarlah setimpal apa yang diambil. Jangan ambil kesempatan atas kemurahan hati pakcik ni.

"Murah rezeki pakcik. Tapi kalau saya tak tergamak nak bayar RM5 je sebab ambil lauk macam lebih dari RM5.

"Kalau kita ambil lauk lebih, tak tergamak nak bayar RM5. Bagi la lebih sikit," tulis beberapa netizen.

Sumber: Mstar

Destination: