[VIDEO] "Bagus Rakyat Malaysia Ni! - Ramai Bantu Ibu Cemas Cari Anak Hilang Di Pusat Beli Belah

TERKINI
December 22, 2023 - 02:57 PM


Ketika musim cuti sekolah ni, pasti ramai ibu-bapa yang bawa anak-anak pergi bercuti mahupun berjalan-jalan di pusat membeli-belah. Bermula je cuti sekolah, 3setiap tarikan mahupun mall pasti padat dengan pengunjung.

Dek kerana terleka ketika melihat sesuatu, acap kali anak-anak kita hilang dari genggaman lebih-lebih lagi mereka yang suka 'explore' keadaan sekeliling. Itu yang terjadi kepada seorang ibu. Satu pusat membeli-belah di Cheras dikejutkan dengan teriakan seorang ibu yang memanggil nama anaknya.

@zarolzarif Tadi Ktorang Jalan2 kat Mytown Cheras, tiba2 dengar suara seorang wanita panggil2 nama anak dia.. Sumpah kesian nampak muka dia risau.. Terus Zarol pun tolong cari adik tu.. Sehingga Akhirnya… #fyp #anakhilang ♬ Dawai (From "Air Mata Di Ujung Sajadah") - Fadhilah Intan

Video yang dikongsikan @zarolzarif boleh dijadikan iktibar buat semua ibu bapa. Namun, disebalik mesej peringatan buat ibu bapa, berdasarkan video yang sama kita dapat lihat bertapa prihatinnya rakyat Malaysia. Ramai yang cuba membantu ibu yang sedang gelisah itu.

Ada yang datang untuk menenangkan, ada yang datang untuk ambil gambar anak yang hilang itu sebagai rujukan ketika mencari. Tanpa mengira bangsa dan agama. Mujur, pada penghujung video kanak-kanak yang hilang itu berjaya disatukan semula bersama ibunya.

Sumber dan kredit: @zarolzarif (TIkTok)

Destination: