[VIDEO] "Macam Scene Dalam Polis Evo" - Cyberjaya Kecoh Lebih 20 MPV Polis Kejar Sebiji Bezza!

TERKINI
December 05, 2023 - 04:11 PM


Tular satu rakaman video memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dikejar kira-kira lebih daripada 20 unit peronda polis (MPV) dari Petaling Jaya ke Cyberjaya, pada Isnin malam.

Menerusi video berdurasi 51 saat itu, pemandu Bezza dilihat tetap meneruskan perjalanan meskipun dikejar oleh sepasukan polis.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas suspek yang enggan diperiksa polis bertindak melarikan diri.

Ketika ditahan, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat peralatan pecah rumah di dalam kereta itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek.

“Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini,” katanya.

 

Destination: