[VIDEO] "Selamat Pagi YB, CIQ JB Blackout Ni" - MB Johor Kesal Insiden Tiada Elektrik Memalukan Negeri

TERKINI
December 06, 2023 - 05:16 PM


Gangguan bekalan elektrik lebih 12 jam dilaporkan berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor malam tadi.

Difahamkan gangguan itu bermula kira-kira pukul 8 malam tadi sebelum bekalan kembali pulih pada pukul 10 pagi tadi.

Kejadian malang yang berlaku di bangunan keselamatan sempadan antara Johor dan Singapura itu disahkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, perkara itu sememangnya menyusahkan pengguna dan memalukan Kerajaan Negeri dan perkara itu perlu diselesaikan segera.

“Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, Onn Hafiz turut berkongsi satu notis yang telah dikeluarkan oleh pihak TNB berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan sekitar bangunan tersebut.

Berdasarkan notis itu kerja berkenaan bermula pukul 8 malam semalam dan sehingga pukul 4 pagi hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah meninggalkan beberapa komen yang terkilan dengan kejadian tersebut dan bersimpati dengan mereka yang sering menggunakan laluan itu.

“Paling kesian anak-anak kecil dan orang tua yang terpaksa beratur dalam kepanasan dan bersesak dalam kegelapan,” tulis Mohd Fazli.

“Kesian pada warga emas yang terpaksa beratur panjang-panjang dalam keadaan panas. Kesian jugak pada pegawai-pegawai imigresen yang cop passport, mereka bekerja berjam-jam dalam keadaan panas,” kata Nana Diamond.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Daeng Tzeno.

“Memalukan negeri termasuklah DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, maka kepada pihak yang terlibat jangan bermain api. Benda dah berlaku, apa tindakan susulan utk menambah baik masaalah agar tidak berulang. Tempat sepenting bangunan CIQ tak ada backup genset (set generator)?,” soalnya.

@bgm_4you

Blackout 🤭✨️

♬ Meyyana Inbam - From "Easan" - Sukhwinder Singh & Benny Dayal & Sunandan

Sumber: KOSMO! ONLINE

Destination: