"Dahla Barang Mahal, Ni Tikus Pulak!" - Netizen Kembang Tekak, Tikus Ratah Ayam Mentah Di Kedai Runcit

TERKINI
July 18, 2023 - 04:48 PM


Semua sedia maklum, harga barang basah sekarang boleh tahan mahal betul tak? Kadangkala kita terpaksa beli di kedai runcit kerana nak berjimat. Tapi masalah biasa di kedai runcit adalah faktor kebersihan.

Baru-baru ini satu video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok, wajar kita ambil perhatian.

@fadhilahmad3031 aku lupa nak up video kene stanby dgn nitizen² puaka ni 😂😂 , sepatut aku kene rakam smpi owner kedai melingkup la br nitizen puas hati sedetail² nya kene bg tau ... aku share br korg beringat , video ni pun dh 2,3minggu br aku teringat nak share .. masa aku rakam ada org lain dh bagi tau , ishhhhh mengkome niii kannn, lantak korg la nak kecam ke apa ke yg pntg beringat la membeli lauk basah terdedah ni risiko gini pasti ada tu je yg aku nak smpi kan , kalau aku pntg diri aku tak share g lantak korg laaa yg beli korg yg makan ... #rattatouille #tikus #kedaiaceh #fyp #ikuttrend #xyzbca ♬ Stel Kendo Stel Kenceng Jedag Jedug - Rian DTM

Berdasarkan video tersebut, seekor tikus sedang rancak memakan salah satu ayam mentah yang diletakkan di dalam bekas yang penutupnya terbuka di satu kedai runcit.

Menurut wanita itu ayam mentah itu dibiarkan terdedah, bukan dimakan tikus sahaja bahkan dihurung oleh segerombolan lalat yang terbang hinggap pada ayam mentah tersebut.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang berasa ‘kembang tekak’ melihat tikus itu menarik-narik kulit ayam mentah tersebut.

Orang ramai meluahkan rasa risau akan berlakunya penyebaran penyakit ‘kencing tikus’ disebabkan haiwan perosak tersebut melalui ayam mentah yang terdedah itu. Jadi, berhati-hatilah ketika berbelanja di kedai runcit tu ya! 

 

Destination: