"Betul Oyen Buat Kita Jadi Hamba" - Oyen Viral Sebab 'Tunggang' Serban Atok

TERKINI
August 08, 2023 - 06:06 PM


Kalau kita bercakap pasal si Oyen mesti kita akan teringat tingkahlaku yang nakal dan perangai pelik mereka. Boleh dikatakan huru-hara lah jadinya kalau bela mereka sebagai haiwan peliharaan. Hehehe gurau.

Baru-baru ini, viral di platform TikTok yang menarik perhatian orang ramai khususnya pencinta kucing.

@kucingen Bantuan..😍😆siapa tahu apa akaun si comel nihhhhh? Jumpa dekat expo Oh My Meow Midvalley tadi ( Ahad- 6 Ogos 2023)#petexpo #pamerankucing #OhMyMeow ♬ Tokei no Uta - Nonochan(Nonoka Murakata)

Gelagat seorang pakcik bersama kucing peliharaannya digelar ‘Oyen’ menarik perhatian orang ramai pada Ekspo Oh My Meow bertempat di Pusat Beli-belah Mid Valley, Ahad lalu.

Menerusi video tular di TikTok, haiwan itu kelihatan sangat manja dan selesa duduk atas serban pemiliknya ketika dibawa bersiar-siar mengelilingi ekspo berkenaan.

“Amboi tuan haji, ‘steady’ bawa kucing Oyen atas kepala. Tuan haji pun pakai serban dan berkain pelekat sahaja,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna yang tertanya-tanya empunya diri ‘Tuan haji’ dan bagaimana dia boleh melatih kucing peliharaannya berkelakuan baik sebegitu.

@kucingen Catatouille 🤌🏻 Steady Tok Aji pakai kain pelikat serban je wey. Seb bek dak oyen kecikk. Masih mencari siapakah gerangan dak oyen & atok nyee💯😍 #catexpo #ohmymeowexpo2023 #catsoftiktok ♬ Le Festin (From "Ratatouille") - Movie Sounds Unlimited

Menurut video sama, pengguna tersebut masih lagi mencari tuan Oyen tersebut. Namun, pemiliknya masih belum diketahui sehingga hari ini.

Destination: