"Budak Kafa Pun Buli" - Ibu Luah Rasa Kesal, Tangan Anak Diconteng
TERKINIBanyak usaha yang telah dilakukan untuk memberi kesedaran tentang kesan dan keburukan buli. Namun, tiap tahun kita akan dikejutkan dengan pelbagai kes buli. Baik buli dari segi fizikal mahupun mental. Viral satu perkonsian di Facebook dari seorang ibu yang berkongsi pengalaman anaknya dibuli.
Kalau kena kat anak aku ni direct pergi sekolah jumpa cikgu ajak sekali mak bapak budak yang buli ni. Biar dia tau perangai anak dia macam mana. pic.twitter.com/BHMqG205Va
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) August 24, 2023
Lumrahnya kita hanya mendengar kes buli melibatkan pelajar lelaki, jarang sekali berita buli dalam kalangan pelajar perempuan. Namun begitu, seorang ibu mendedahkan anak perempuannya telah dibuli semasa sesi pembelajaran di Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA).
Tangan anakya telah diconteng dengan perkataan 'Kau babi.'
"Inilah muka anak aku yang selalu kena buli. Hari ni kat Kafa pulak," tulisnya.
Anak perempuannya dikatakan telah membuat aduan kepada gurunya dan pelaku telah disoal siasat dan mengaku bersalah.
"Ustazah bawa anak cari pembuli di kelas. Dan budak tu dah dijumpai, disoal siasat dan mengaku bersalah serta dihukum rotan. Terima kasih pihak sekolah pantas bertindak," tulisnya.
Orang ramai berpendapat, bukan para guru sahaja yang bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak namun ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak anak-anak.