"Kesian, Bayar Beribu Servis Hauk!" - Dr. Malar Kecewa Percutian Ke Pulau Redang Hambar Kerana Ejen Pelancongan

TERKINI
September 05, 2023 - 12:10 PM


Tiap kali ada cuti sekolah yang panjang, pasti ibu bapa tidak akan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak keluar bercuti. Tempat-tempat percutian popular pasti penuh dengan orang ramai. Begitu juga dengan influencer terkenal, Dr. Malar yang mengambil kesempatan keluar bercuti bersama keluarga ke Pulau Redang.

Namun siapa sangka, dengan menempah pakej percutian melalui satu agensi pelancongan ini menyebabkan percutian keluarga Dr. Malar bertukar menjadi hambar. Kita ikuti luahan Dr. Malar yang diambil dari Facebook.

Review percutian ke Pulau Redang 2023

1) ❌JANGAN amek QNM Hoildays ⛔

- Saya booking guna agent ni

- Response lembab sangat. Message tak berbalas berhari hari. Call pun tak angkat. Bila call dari nombor lain, angkat pulak!! Memang syaa hangin habis!! Kita nak bayar kat dia, kita pulak kena kejar dia.

- Lepas dah habis bayar full, dia pun dah bagi resit, confirmation semua.. tetiba Aliya dari QNM ni buat hal lagi. Dia mintak tambah bayar dalam RM400. Sekali lagi saya melenting. Apahal nak tambah bayar?? Kan pihak awak dah keluarkan quotation sejak awal??? Katanya sebab tarikh kami pergi tu tarikh peak. Yes itu saya tahu, sejak awal memang saya book tarikh yang sama. Kenapa sejak awal tak bagitahu? Kenap baru sekarang dah confirm semua baru nak gunakan taktik untuk mintak tambah duit? Memang saya fight.. tapi budak tu sebut "mintak maaf" jadi saya pun cair hati dan bayar je. Bukan saya tak mampu nak bayar tambahan tu, cuma saya tak suka taktik tak jujur oleh peniaga.

- Bila sampai kat jeti, orang resort nak jemput kami.. saya diberitahu yang agent tak bayar lagi kat resort. Jadi kami tak boleh naik bot. Dengan selamba mamat dari resort tu kata, "tak pe lah.. you all check in lambat". Memang buat hal betul QNM agency ni !!! Sekali lagi saya berbulu habis. Kenapa pulak saya kena check in lambat, dah lah panas kat jeti tu, kami ni angkut budak² plak tuh. So kami call agency dari jeti tu, haram tak berangkat ! Mamat wakil resort tu pun tak professional langsung. Dia duk kutuk agency tu depan² kami. "QNM ni memang problem. Lain kali awak direct dgn resort je.. len kali awak amek agency ini..itu"

Sekali lagi, saya memang hangin !

Ada beberapa orang tegur saya kat jeti tu dan ajak ambil gambar. Walaupun geram ngan agency, terserempak dengan followers memang menyejukkan hati. So saya layan amek gambar. Waktu tu QNM ni masih tak angkat tepon. Pastu, kami diberi nombor bossnya.. terus telefon diangkat, husband saya cakap, tak sampai 5 minit settle. Ehh boleh pulak!!

Ada desas desus di jeti mengatakan, agent mmg camtuh.. dia takkan bayar awal..dia simpan sampai last minute.. sbb kalau kita tak hadir, dia untung.. entahlah betul ke tidak.. tapi nasihat saya JANGAN BOOK MELALUI AGENT, dan JANGAN AMEK QNM HOLIDAYS & TOURS. 😠

2) ❌REDANG HOLIDAY ⛔

Kami duduk 4hari 3malam di Redang Holiday resort, kami 2 keluarga, bilik tingkat 2, menghadap swimming pool.

Pendapat saya, JANGAN AMEK resort ni !

- 😡 Takde house keeping !! Sy tak tahu lah normal ke tidak, tapi bayangkanlah kita bayar beribu ribu, datang holiday sebab nak rehat nak healing.. alih² saya pulak kena kemas bilik, sapu bilik, basuh tandas apa bagai. Saya tak tahu lah sama ada ini normal, resort lain sama ke tidak sy tak pasti.. tapi saya rasa ini adalah satu normalisasi perniagaan yang tak adil untuk pelanggan. Owner untung juta² taknak bayar housekeeping, customer pulak merana.

-Bayangkan satu tingkat diberi 1penyapu, kena kongsi🤦. Takkan lah nak bagi 1 penyapu 1 bilik pun tak mampu. Penyapu tu pun dah berpasir dah nak lunyai. Sampah pun tidak diambil setiap hari, rimas mata mak ni nengok bakul sampah tak clear. Dah lah kita duk tepi pantai, memanglah lantai berpasir apa bagai.. Haaihhhh mmg kacau healing Mak Mak tau.. Ok itu takpe lagi..

🤬Tandas dia mmg buat sakit hati...

Saya bawak shower gel & shampoo sendiri. Takde tempat nak letak. Letaklah atas lantai je waktu mandi. 🤦Lepas mandi, toileteries letaklah bersepah kat sinki. Zaman² Tiktok shop bersepah, barang DIY murah gila, apa salahnya equip tandas dengan kemudahan yang sesuai. Nak letak tuala pun takde cangkuk, kena gantung kat tombol pintu🤦

⛔Owhh lagi satu.. biliknya takde TV, TAKDE MINERAL WATER, dan takde telefon. So tak boleh call ke reception ke apa ke tak boleh. Air dia kotor warna coklat, jadi mmg kena carik mineral water kalau nak jerang air,.tapi hotel TAK SEDIAKAN MINERAL WATER !!

Kalau nak tukar towel, kita pulak kena berjalan bawak towel ke reception dia. Dan dia akan datang ke bilik lepas tu. So saya dah tukar hari kedua. Bila sy nak tukar again hari ketiga, budak reception tu tak bagi. Saya dah angkat kening... "Kenapa tak boleh? Dah lah takde housekeeping"

Dia jawab "Biasanyaa...."

Saya kata, "Saya tak nak dengar biasa biasa..ada peraturan bertulis ke tak?"

Lepas argue sikit dia orang kata, "Owhh 4D3N boleh lah tukar 2kali. Kalau 3D2N sekali jer". Dia punya "cut cost" tu memang tahap dewa... Saya mintak dia orang tukarkan alas kaki yang dah basah lunyai & amek sampah skali.. tapi sampai sudah sampai check out tak nampak batang hidung.

❌- Lagi satu saya paling tak suka about resort ni adalah makanan dia. Bukan standard hotel, bukan standard kedai makan pun tau, dia standard makanan kat dewan makan asrama. Sy pernah je jumpa makanan hotel yg tak berapa sedap, tak kena dengan tekak sy, tapi tak pernah lagi jumpa makanan hotel mcm ni...Kurma dia macam air, mee goreng tawar, makanan berulang ulang setiap hari...Air sirap dia punya pekat takleh bawak bincang, mmg tak lepas tekak rasanya. Entahlah... Sy tak tahu makanan kat resort lain macam mana.. tapi kat Redang Holidays ni memang tak sedap! Ada beberapa kali kami makan berbayar di cafe lain walaupun dah bayar full package untuk 4kali makan sehari.

⛔Okay ini faktor yang sy paling berbulu. Bila book percutian ni, kita bayar kat agent untuk bilik&snorkellig 2 kali sehari&makan 4 kali sehari.

So snorkelling ni dah termasuk dalam pakej yang kita dah bayar.

Alih² sampai kat resort, depa mintak bayar "untuk masuk Marine Park". Katanya itu "private park" jadik kena bayar asing. Hari pertama kami pun bayar dan dah pergi. Hari kedua kami taknak ke tempat yang sama.. kami nak pergi tempat lain... Tapi dia orang tak bawak katanya.. Bila ditanya dia orang jawab belit belit pusing pusing... Sampai kami customers pulak naik keliru... So sy tanya dengan jelas.. "Yang Marine Park ni snorkelling yang sy kena bayar, awak bawak pergi tempat khas kan? Mana snorkelling yang termasuk dalam pakej yang sy dah bayar? Itu open sea snorkelling kan?"

Dan budak in charge tu jawab "Itu bot memang tak pergi. Kalau pagi memang kena bayar, memang pergi Marine Park. Petang je kita bawak pergi open sea".

Ini lah permainan boss boss besar pemilik resort² ni. Mereka kelirukan customers, dan tindas pengguna tanpa memberi penjelasan dan nilai untuk wang yang kita bayar. Saya tak marah pun staffs kat sana, sbb mereka hanya pekerja yang makan gaji, mereka tak bersalah, dan tak bertanggunjawab. Ini taktik orang atasan.

Sebab tu sy cakap, sy tak suggest amek Redang Holiday, tak berbaloi langsung !!

Nasib baik lah dalam trip ni kami sewa private bot untuk pi nengok turtle & tengok deep water corals & fishes. Kami sewa bot Pok Di, dia baik dan sporting sangat.

Kesimpulannya, percutian keluarga saya dan Sarah ke Pulau Redang memang best, seronok, very memorable, dan our kids memang enjoy sangat. Tapi QNM holidays & Redang Holiday resort memang langsung tak best!

Next time kita org nak book bilik direct kepada hotel, carik hotel yg best. Pastuh carik private bot untuk water activity, tak yah amek package yang kononnya semua included tapi last last dia orang suruh bayar again and again and again !

#celotehdrmalar #redangreview

Destination: