"Aduh Ramai Dah Makan" - Peniaga Nasi Ayam ‘Claypot’ Kantoi Guna Bahan Non Halal

TERKINI
September 08, 2023 - 03:42 PM


Tindakan seorang peniaga menggunakan bahan dikhuatiri tidak halal di dalam masakannya menerima kecaman orang ramai.

@balaapapapa

 

♬ original sound - balaapapapa

Makanan yang dijual oleh peniaga itu baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pempengaruh membuat ulasan makanan nasi ayam ‘claypot’ yang dijual peniaga tersebut di sebuah restoran.

Difahamkan, peniaga itu mendakwa makanan yang kebiasaannya dimakan oleh bangsa Cina itu dijadikan versi halal supaya pelanggan beragama Islam turut dapat menikmatinya.

Bagaimanapun, ada pengguna media sosial mendakwa peniaga itu sebelum ini telah menggunakan bahan tidak halal di dalam masakannya iaitu wain untuk memasak sebelum menukar bahan itu kepada minyak bijan sebaik sahaja restorannya tular.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan peniaga tersebut yang dianggap telah menganiaya pelanggan muslim.

Destination: