"Jangan Parkir Kenderaan Sesuka Hati" - DBKL Akan Kunci Tayar Kereta Pemilik Degil Di Ibu Negara Bermula Oktober Ini
TERKINIBagi korang yang suka meninggalkan kereta atau parking di tepi jalan mahupun di tempat yang tidak sepatutnya meskipun untuk masa sekejap -- jangan terkejut apabila kembali ke kenderaan korang akan dapati salah satu daripada tayar diapit serta dikunci oleh pihak DBKL!
Ini kerana bermula bulan Oktober ini -- pihak penguasa Pasukan Apit Roda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertindak mengunci roda kenderaan yang degil dan tidak mematuhi peraturan di sekitar ibu negara.
Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan -- tindakan kunci roda kenderaan itu akan dilaksanakan ke atas kenderaan yang menyebabkan halangan, bahaya atau kesulitan kepada pengguna jalan yang lain.
"Kenderaan yang didapati melakukan kesalahan ini akan dikenakan tindakan kapit (kunci) roda dan kenderaan boleh dialihkan oleh pihak DBKL.
"Tindakan dibuat menerusi Seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dilaksanakan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL)," kata PBT itu dalam satu kenyataan di Facebooknya.
Sehubungan itu, pihak DBKL mengingatkan pengguna jalan raya khususnya di sekitar ibu negara untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan.