Berita Baik Untuk Korang Yang Nak Kerja TESLA Malaysia! Ada 'Walk-In Interview' 17 Jun Ini

TERKINI
June 12, 2023 - 01:17 PM


Pada 1 Mac lepas, merupakan tarikh bersejarah buat negara ini apabila Tesla, jenama kereta elektrik Amerika Syarikat sah bakal beroperasi secara rasmi di Malaysia dengan membuka ibu pejabat, pusat servis dan rangkaian ‘Supercharger’ sebagai permulaan pelaburan mereka.

Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Zafrul yang memaklumkan pelaburan berkenaan dimudah cara oleh MITI menerusi inisiatif BEV Global Leaders ini pastinya akan mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran sederhana dan tinggi buat rakyat Malaysia, dan membuka peluang perniagaan buat pemain industri tempatan.

Susulan daripada itu, baru-baru ini, Twitter @paultantk berkongsi info terkini di mana Tesla Malaysia bakal mengadakan ‘Hari Pengrekrutan Secara Walk-In‘ pada minggu hadapan.

Bagi yang berminat untuk mengembangkan kerjaya dengan syarikat dari US itu, bolehlah hadir pada 17 Jun (Sabtu), 12 tengah hari hingga 4 petang, bertempat di Cyberview Sdn Bhd office Level 4, Block 3750 Cyber 8, Persiaran Apec, Cyberjaya.

“Apa yang anda perlu lakukan ialah membawa bersama resume bercetak dan pergi ke tempat dinyatakan pada hari tersebut. Temuduga bakal diadakan di situ. Pra-pendaftaran tidak diperlukan,” petik ciapan Paul Tan.

Sementara itu, laman carian kerja Tesla telah menambah menambah beberapa jawatan baharu berbanding bulan April lalu.

Antara jawatan kosong itu adalah Senior HR PartnerParts AdvisorVehicle TechnicianService Manager dan pelbagai lagi.

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan melalui laman web tersebut, pemohon perlulah memohon di laman web itu dengan memuat naik resume secara online.

Sumber: The Vocket

Destination: