Korang Ada Saman JPJ? Cepat Settle, JPJ Offer 70 Peratus Diskaun Saman!

TERKINI
August 18, 2021 - 06:09 PM


Wah, ini ada berita baik buat korang yang mempunyai saman JPJ!

Bermula hari ini (18 Ogos) sehingga 16 September depan -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan tawaran diskaun sehingga 70 peratus bersempena dengan Hari Kebangsaan.

Menerusi satu kenyataan, JPJ memaklumkan tawaran tersebut terpakai bagi kesemua saman yang masih aktif termasuk individu yang telah disenarai hitam atau blacklist.

“Pengurangan kompaun akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), termasuklah kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist).

“Walau bagaimanapun, bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam (blacklist), pesalah dikehendaki hadir semula ke pejabat JPJ (Cawangan ataupun Negeri), bagi tujuan proses dokumentasi semula,” menurut kenyataan tersebut.

Bagaimanapun tawaran diskaun berkenaan tidak terpakai bagi individu yang mempunyai kes di mahkamah, termasuk mereka yang mempunyai status waran tangkap.

Urusan pembayaran saman boleh dibuat di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan, serta UTC dan kiosk atau secara atas talian menerusi portal mySIKAP JPJ.

Inisiatif pemberian diskaun itu dikatakan bertujuan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan sepanjang berdepan dengan pandemik COVID-19.

Sumber: Astro Awani

Destination: