Anda Pemohon i-Citra? KWSP Mula Buat Pembayaran Pada 2 Ogos Ini
TERKINIIni berita baik kepada pemohon i-Citra KWSP!
Mulai 2 Ogos ini -- bayaran i-Citra akan dibuat secara berperingkat dan proses pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan mengambil masa 1 sehingga 3 hari mengikut prosedur bank masing-masing.
Pengumuman itu dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam Twitter terbaharunya hari ini.
Bayaran i-Citra akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini.#kwspicitra #kwspahli #kwspinfo pic.twitter.com/dc16nVpF9a
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) July 23, 2021
Pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah juga diminta untuk menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun.
Sementara itu bagi bayaran secara arahan, ahli akan menerima notis pengambilan atau akan dihubungi oleh cawangan KWSP.
Sebelum ini permohonan pengeluaran i-Citra dibuka mulai 12 Julai lalu melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.
Bayaran bagi i-Sinar untuk bulan Ogos pula akan diawalkan pada 26 dan 27 Julai dan pengkreditan akan mengambil masa 1 sehingga 5 hari mengikut prosedur bank.
Bayaran i-Sinar bagi bulan Ogos 2021 akan diawalkan kepada 26 & 27 Julai 2021.#isinar #kwspisinar #kwspinfo #kwspahli pic.twitter.com/vB9zH7UdOL
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) July 23, 2021