Kerana i-Citra, Semua Kaunter KWSP Seluruh Negara Dibuka Mulai 1 Julai

TERKINI
June 30, 2021 - 02:26 PM


Selepas baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan di bawah program baharu iaitu i-Citra.

Bermula esok, 1 Julai 2021 -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka semula kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan di seluruh negara.

Waktu operasi kaunter perkhidmatan bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja untuk beberapa perkhidmatan terpilih.

Pembukaan semula kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan KWSP bagi perkhidmatan terpilih adalah bagi memenuhi keperluan ahli yang memerlukan perkhidmatan KWSP di samping mengimbangi aspek kesihatan dan keselamatan anggota serta ahli yang hadir berurusan.

Perkhidmatan terpilih yang disediakan adalah seperti berikut:

A. Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60
B. Pengeluaran Kesihatan
C. Pengeluaran Kematian; dan
D. Penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank pengeluaran

Ahli hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu melalui Janji Temu Online (JTO) dengan melayari www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum mendapatkan perkhidmatan di kaunter perkhidmatan KWSP.

KWSP akan menghubungi ahli untuk hadir di kaunter perkhidmatan pejabat KWSP yang berkenaan bagi urusan penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank untukpengeluaran yang telah dibuat oleh ahli.

Ahli disarankan untuk berurusan secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) bagi perkhidmatan-perkhidmatan KWSP yang telah disediakan secara dalam talian bagi mempercepatkan dan memudahkan urusan dengan KWSP.

Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

i-Citra merupakan salah satu daripada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang diumumkan kerajaan pada Isnin lepas selepas melihat kesan positif program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik yang telah diperkenalkan untuk membantu rakyat mendepani cabaran semasa pandemik Covid-19.

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: