[VIDEO] "Wow, Aset Cecah RM1 Trillion" - KWSP Muncul Agensi Paling Kaya Di Malaysia!

TERKINI
May 25, 2023 - 01:05 PM


Meskipun baru-baru ini, Kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan pencarum -- namun siapa sangka agensi berkenaan sebenarnya adalah YANG PALING KAYA di negara kita!

KWSP muncul sebagai agensi terpaling kaya selepas aset badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.

Kenyataan itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sidang Dewan Rakyat dengan mengatakan bahawa “Ini agensi yang paling kaya di negara kita", katanya.

Beliau berkata, aset tersebut meliputi 2 bidang pelaburan termasuk pelaburan hartanah yang membabitkan aset-aset di dalam negara dan juga luar negara.

“Bagi pelaburan dalam negara, ia mencecah RM11 bilion meliputi bangunan KWSP di ibu pejabat dan negeri-negeri.

“Di luar negara pula, pelaburan hartanah KWSP berjumlah RM30 bilion iaitu separuh daripadanya berada di United Kingdom termasuk hartanah tersebar projek Bettersea yang telah siap dan ikonik di negara berkenaan.

“Setakat ini kita cukup menjaga pelaburan-pelaburan ini termasuk pelaburan yang berisiko tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang mahu kerajaan menyatakan peratus di pasaran domestik Malaysia.

VIDEO KWSP AGENSI PALING KAYA DI MALAYSIA
 

@501awani

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan jumlah aset Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara keseluruhan berjumlah RM1 trilion. "Ini agensi yang paling kaya di negara kita," katanya. #AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

♬ original sound - 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾
Destination: